Projek animasi pendek 3D Detektif: aplikasi sinematografi neo-noir / Jemi Udin
Kajian tesis ini adalah berkenaan dengan aplikasi sinematografi neo-noir dalam animasi 3D. Selain daripada aplikasi sinematografi, kajian ini juga bertujuan untuk memahami dan mengaplikasikan gaya visual neo noir dan juga gaya German (German Expressionism) dalam animasi 3D. Di Malaysia, kebanyakkan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Film, Theatre and Animation
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15117/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15117/1/PPb_JEMI%20UDIN%20FF%2014_5.pdf |
Summary: | Kajian tesis ini adalah berkenaan dengan aplikasi sinematografi neo-noir dalam animasi 3D. Selain daripada aplikasi sinematografi, kajian ini juga bertujuan untuk
memahami dan mengaplikasikan gaya visual neo noir dan juga gaya German (German Expressionism) dalam animasi 3D. Di Malaysia, kebanyakkan animasi yang
dihasilkan adalah bertemakan kekeluargaan, nasihat dan pengembaraan. Penggunaan sinematografi, gaya German (German Expressionism) dan gaya visual neo-noir tidak
begitu meluaskan diterapkan di dalam animasi tempatan. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengkaji telah menjalankan kaedah kajian berdasarkan kaedah kualitatif iaitu melalui rujukan filem animasi, rujukan perpustakaan, rujukan internet. Pengkaji merasakan kaedah ini sesuai dalam memperolehi maklumat yang diinginkan. Hasil kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa teori yang telah diperkatakan oleh juru sinematografi iaitu Brown (2002) dan juga Mascelli (1965) cukup sesuai untuk diaplikasikan dalam animasi pendek 3D: Detektif. Manakala, gaya visual neo-noir dan gaya German (German Expressionism) dirujuk berdasarkan sumber maklumat yang pelbagai. Kajian ini akhirnya mencadangkan supaya kajian yang berkaitan dengan aplikasi sinematografi, gaya visual neo-noir dan juga gaya German (German Expressionism) perlu dilakukan oleh pengkaji yang lain yang cukup berminat dalam bidang ini bagi memperkukuhkan lagi hasil kajian ini |
---|