Proses pemeliharaan tapak warisan di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah Perak / Norhidayah Sulihin

Kajian ini lebih tertumpu kepada proses pemeliharaan tapak warisan di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah Perak. Kajian ini akan mendalami aspek pengurusan untuk melihat keberkesanan pihak pengurusan kepada tempat-tempat bersejarah iaitu Tugu Peringatan Birch, Tugu Peringatan Pahlawan Perak,...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sulihin, Norhidayah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2014
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15089/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15089/1/PPb_NORHIDAYAH%20SULIHIN%20FF%2014_5.pdf
Description
Summary:Kajian ini lebih tertumpu kepada proses pemeliharaan tapak warisan di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah Perak. Kajian ini akan mendalami aspek pengurusan untuk melihat keberkesanan pihak pengurusan kepada tempat-tempat bersejarah iaitu Tugu Peringatan Birch, Tugu Peringatan Pahlawan Perak, Tugu Lela Rentaka, Kubur Si Puntum dan Kubu Datuk Maharajalela. Tiga konsep dalam tinjauan terhadap kajian berkaitan berdasarkan hujahan yang dikemukakan serta teori pemeliharaan bagi menyokong dan menguatkan tajuk kajian iaitu konsep pemeliharaan, pengurusan tapak warisan, dan pengurusan organisasi pemeliharaan tapak warisan. Kaedah metodologi yang digunakan adalah kaedah kualitatif untuk membantu mendapatkan maklumat melalui pemerhatian, temubual, rujukan perpustakaan dan rujukan internet. Daripada kajian yang dijalankan, hasil kajian diperolehi mendapati Kompleks Sejarah Pasir Salak menjalankan proses pemeliharaan tapak warisan melalui kaedah konservasi yang diuruskan oleh organisasi pengurusan Kompleks. Oleh itu, melalui kaedah konservasi yang dijalankan, tapak warisan dapat dipanjangkan dari segi tempoh hayatnya serta dapat diperbaiki dan dikawal daripada faktor-faktor yang boleh merosakkan atau menjejaskan bahan bersejarah.