Projek teater misteri Puan Pon Anakti: Adaptasi budaya Melayu / Muhammad Aswad Mohamed Razali

Kajian ini bertujuan untuk memfokuskan pada proses untuk mengadaptasi elemen dan budaya Melayu dalam naskah yang bertajuk The Mystery of Irma Vep karya Charles Ludlam. Kajian ini tertumpu pada proses mengadaptasi iaitu bermula dengan analisis naskah asal dengan menggunakan elemen Aristotle sebelum m...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Razali, Muhammad Aswad
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2014
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15075/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15075/1/PPb_MUHAMMAD%20ASWAD%20MOHAMED%20RAZALI%20FF%2014_5.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk memfokuskan pada proses untuk mengadaptasi elemen dan budaya Melayu dalam naskah yang bertajuk The Mystery of Irma Vep karya Charles Ludlam. Kajian ini tertumpu pada proses mengadaptasi iaitu bermula dengan analisis naskah asal dengan menggunakan elemen Aristotle sebelum memasukkan atau mengadaptasi budaya Melayu terhadap naskah ini. Kajian ini juga menyaksikan penghasilan naskah baru yang bertajuk Misteri Puan Pon Anakti yang turut dipentaskan (Honours Showcase) sebaik sahaja proses adaptasi dan pengubahsuaian selesai dilakukan. Proses adaptasi yang dilakukan adalah secara menyeluruh yang akan menyaksikan perubahan kepada struktur persembahan, gaya persembahan, latar belakang cerita, serta watak dan perwatakan dengan mengadakan penambahan dan pengurangan dalam naskah. Walaupun dengan perubahan yang dilakukan, naskah ini masih lagi mengekalkan konsep asalnya. Konsep yang dimaksudkan adalah penggunaan dua orang pelakon yang akan memainkan pelbagai watak serta pertukaran kostum yang pantas. Ia turut mengekalkan Genre Parodi yang mempersendakan genre-genre yang lain seperti Satire, Farce, seram, serta teater tradisional di Malaysia iaitu Mak Yong dan Menora