Promosi teater tradisional oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) / Siti Nur Aqilah Johari
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pemasaran yang dijalankan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Kajian ini menumpukan kepada strategi yang digunakan oleh pihak JKKN menerusi Program Panggung Seni Tradisional 2013. Program Panggung Seni Tradisional 2013 merupaka...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Film, Theatre and Animation
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15067/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15067/1/PPb_SITI%20NUR%20AQILAH%20JOHARI%20FF%2014_5.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pemasaran yang dijalankan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Kajian ini menumpukan kepada strategi yang digunakan oleh pihak JKKN menerusi Program Panggung Seni Tradisional 2013. Program Panggung Seni Tradisional 2013 merupakan satu program yang menampilkan beberapa persembahan tradisional. Pada tahun 2013, enam(6) persembahan telah ditampilkan iaitu Teater Tradisional Makyong, Wayang Kulit, Opera Cina, Dikir Barat, Teater Tradisional Mek Mulung dan Koleksi Tari Klasik Malaysia. Oleh itu, Program PST 2013 diambil sebagai kajian untuk menegenal pasti strategi pemasaran yang digunakan oleh pihak JKKN dalam menarik lebih ramai penonton. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temubual atau konsep komunikasi dua hala dan turut menggunakan rujukan perpustakaan. Tumpuan kajian turut diberikan melalui pemasaran iaitu marketing mix iaitu dari segi produk, harga, tempat dan promosi dan penggunaan marketing promotion ialah dari segi pengiklanan, perhubungan awam/publisiti dan pemasaran secara langsung.Malahan kajian turut mengenalpasti kekuatan dan kelemahan melalui analisis SWOT. Hasil kajian mendapati pihak JKKN telah menjalankan strategi pemasaran yang baik bagi menarik lebih ramai penonton terutama Melayu, Cina dan India tidak kira umur. |
---|