Pemasaran filem bercorak sejarah dan resepsi khalayak di Malaysia / Nurul Salzuani Alias

Kajian ilmiah ini bertujuan untuk mengkaji pemasaran filem bercorak sejarah di Malaysia dan resepsi atau sambutan daripada khalayak di Malaysia terhadap filem ini. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis kecenderungan minat khalayak terhadap filem bercorak sejarah lantas dapat meningkatkan stat...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Alias, Nurul Salzuani
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2014
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15058/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15058/7/PPb_NURUL%20SALZUANI%20ALIAS%20FF%2014_5.pdf
Description
Summary:Kajian ilmiah ini bertujuan untuk mengkaji pemasaran filem bercorak sejarah di Malaysia dan resepsi atau sambutan daripada khalayak di Malaysia terhadap filem ini. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis kecenderungan minat khalayak terhadap filem bercorak sejarah lantas dapat meningkatkan statistik jumlah pemasaran filem ini. Kajian ini dihasilkan melalui kaedah kuantitatif dan kualititatif dengan melibatkan bilangan angka dan sesi temu ramah, kutipan data daripada jurnal-jurnal dan sebagainya. Kaedah kuantitatif dihasilkan dengan mengira jumlah peratusan borang kaji selidik, yang telah dijawab oleh 100 orang responden di Malaysia. Pengkaji telah menyerahkan borang kaji selidik kepada beberapa orang khalayak di Malaysia dengan peringkat umur, status, jantina dan kawasan yang berbeza-beza untuk menganalisis tahap penerimaan mereka terhadap pemasaran filem bercorak sejarah di Malaysia mengikut tahap pemikiran masing-masing. Melalui penyebaran borang kaji selidik ini, pengkaji dapat merungkai permintaan dan resepsi khalayak di Malaysia terhadap filem bercorak sejarah. Selain itu, pengkaji telah mengumpulkan data-data mengenai kutipan tahunan filem bercorak sejarah di Malaysia, dan telah membuat perbandingan kutipan box office daripada filem-filem yang bercorak ringan seperti filem aksi, romantik, komedi dan sebagainya lebih mendapat sambutan yang memberangsangkan berbanding dengan filem bercorak sejarah.