Projek penulisan novel Khilaf: Pemikiran watak Dhia Zara berdasarkan konsep emansipasi wanita Islam / Siti Azimah Azis

Konsep emansipasi merupakan satu gerakan sosial dalam masyarakat yang dihidupkan oleh kaum wanita. Gerakan ini diwujudkan bertujuan untuk mengerakkan transformasi wanita yang mampu bangkit dan menentang penindasan dan ketidadilan yang berlaku pada wanita. Di dalam penghasilan novel yang bertajuk Khi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Azis, Siti Azimah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2014
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15056/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15056/1/PPb_SITI%20AZIMAH%20AZIS%20FF%2014_5.pdf
Description
Summary:Konsep emansipasi merupakan satu gerakan sosial dalam masyarakat yang dihidupkan oleh kaum wanita. Gerakan ini diwujudkan bertujuan untuk mengerakkan transformasi wanita yang mampu bangkit dan menentang penindasan dan ketidadilan yang berlaku pada wanita. Di dalam penghasilan novel yang bertajuk Khilaf ini akan menyelit isu dan konflik yang melibatkan kaum wanita yang membawa kepada kebangkitan mereka. Situasi ini dapat dilihat, kepada perkembangan watak utamanya di dalam novel ini yang mahukan perubahan di dalam kehidupannya. Oleh itu, penghasilan novel ini adalah bertujuan bagi mengadaptasikan konsep emansipasi ini ke dalam novel Khilaf sebagai fokus utama. Justeru, berdasarkan kerangka teori yang diperolehi, wanita masih kurang mengetahui akan hak-hak mereka sehinggakan diri mereka menjadi mangsa diskriminasi hak. Selain itu, melalui dapatan kajian ini di dapati bahawa wanita yang kurang memahami dan didedahkan dengan hak mereka akan membawa kepada ketidakadilan dari segi hak bersuara. Melalui kajian metodologi ini, perolehan makumat dan data ini akan menggunakan kaedah kualitatif. Kualitatif terbahagi kepada beberapa kaedah iaitu kaedah perpustakaan, kaedah penggunaan internet dan kaedah meenonton filem. Secara keseluruhannya, penghasilan novel ini akan merungkai akan penggunaan konsep emansipasi yang akan menjadi isu utama di dalam novel Khilaf ini dan perkembangan watak di dalam novel ini akan dapat dilihat dari setiap bab. Penghasilan novel ini dapat membantu penghasilan kajian yang sama kelak