Patriotisme sebagai elemen sinema nasional: Kajian terhadap filem Tanda PuterA (2013) / Siti Rahimah Buniamin
Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri. Filem dikatakan medium yang sesuai bagi menerapkan unsur patriotisme dalam diri masyarakat terutama kepada golongan muda. Filem patriotik yang memaparkan peristiwa – peristiwa bersejarah boleh membawa masyarakat kep...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Film, Theatre and Animation
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15055/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15055/1/PPb_SITI%20RAHIMAH%20BUNIAMIN%20FF%2014_5.pdf |
Summary: | Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri. Filem dikatakan medium yang sesuai bagi menerapkan unsur patriotisme dalam diri masyarakat terutama kepada golongan muda. Filem patriotik yang memaparkan peristiwa – peristiwa bersejarah boleh membawa masyarakat kepada perasaan jati diri atau kecintaan kepada bangsa dan negara. Justeru itu, kajian ini menekankan patriotisme sebagai elemen sinema nasional : satu kajian terhadap filem Tanda Putera (2013). Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan dan menganalisis ciri – ciri patriotisme yang terdapat di dalam filem Tanda Putera. Bagi tujuan tersebut pengkaji menggunakan kaedah analisis teks dan penontonan filem secara berulang. Hasil kajian ini mendapati bahawa filem Tanda Putera merupakan sebuah filem patriotisme yang bertemakan kenegaraan yang menceritakan sejarah perjuangan tokoh yang ingin menuntut kemerdekaan. Berdasarkan kajian ke atas babak – babak yang terdapat di dalam filem Tanda Putera, walaupun tidak kesemua lima ciri - ciri patriotisme dipaparkan di dalam filem ini, namun sokongan bagi tiga ciri yang lain sudah cukup kuat untuk meletakkan filem Tanda putera sebagai sebuah filem patriotisme |
---|