Summary: | Kawasan perumahan pangsa kos rendah merupakan kawasan yang dapat menampung jumlah penduduk yang ramai dan merupakan tumpuan orang ramai. Oleh sebab menjadi tumpuan pelbagai pihak khususnya golongan yang berpendapatan rendah maka timbullah pelbagai situasi-situasi yang tidak menyenangkan seperti keselesaan dan kehanmonian penduduk terjejas akibat daripada ruang fizikal yang sempit, kekurangan kemudahan awam serta sistem peyelenggaraan yang tidak memuaskan, aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti vandalisme, gangsterism, penagihan dadah, kecurian dan kebisingan yang akan menimbulkan kesan psikologi kepada penghuni perumahan pangsa kos rendah.
|