Pendidikan Islam dalam pembelajaran prasekolah: Kajian terhadap kurikulum pengajaran beberapa prasekolah terpilih / Zulkifli Dahalan

Daripada Abu Hurairah ra, dari Nabi SAW, sabdanya : "Tujuh golongan manusia akan dinaungi Allah SWT pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah. I. Imam (pemimpin) yang adil. 2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah " (Hadith Riw...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Dahalan, Zulkifli
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang & Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14823/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14823/1/AJ_ZULKIFLI%20DAHALAN%20ESTEEM%2009%282%29.pdf
Description
Summary:Daripada Abu Hurairah ra, dari Nabi SAW, sabdanya : "Tujuh golongan manusia akan dinaungi Allah SWT pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah. I. Imam (pemimpin) yang adil. 2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah " (Hadith Riwayat Bukhari). Pendedahan pendidikan Islam kepada seseorang individu Muslim perlu dimulakan sejak mereka masih kecil lagi. Ketika dalam alam kanak-kanak mereka hendaklah diajar mengenal Allah dan perkara perkara asas lain dalam Islam. Penekanan terhadap pendidikan Islam wajar dilakukan ketika mereka mula belajar mengenal huruf. Penulisan ini bertujuan mengenal pasti dan meneliti pembelajaran pendidikan Islam dalam kurikulum pendidikan beberapa prasekolah milik kerajaan dan swasta sekitar kawasan Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Tumpuan adalah dengan melihat jumlah jam pengajaran pendidikan Islam dan mata pelajaran yang diajar. Penulis menggariskan beberapa pandangan tentang keperluan memasukkan pendidikan Islam sebagai sebahagian daripada pengajaran yang berjalan. Cadangan-cadangan turut dikemuka ke arah memantapkan lagi pembelajaran pendidikan Islam di peringkat prasekolah.