Pemodelan teori kabur dalam penilaian prestasi kakitangan akademik UiTM Kampus Arau / Mahmod Othman and Nadzri Mohamad

Kajian ini meninjau aspek penilaian prestasi pensyarah di Universiti Teknologi Mara. Tujuan utama kajian ini adalah untuk memodelkan kaedah penilaian menggunakan teori kabur bagi penilaian prestasi pensyarah. Suatu analisis perbandingan antara model kajian dengan kaedah penilaian prestasi SSB juga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Mahmod, Mohamad, Nadzri
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perlis 2003
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14727/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14727/1/AJ_MAHMOD%20OTHMAN%20JI%2003.pdf
Description
Summary:Kajian ini meninjau aspek penilaian prestasi pensyarah di Universiti Teknologi Mara. Tujuan utama kajian ini adalah untuk memodelkan kaedah penilaian menggunakan teori kabur bagi penilaian prestasi pensyarah. Suatu analisis perbandingan antara model kajian dengan kaedah penilaian prestasi SSB juga akan dipaparkan. Bagi kajian ini model penilaian kabur menggunakan penilaian markah kabur dan kaedah penaakulan kabur. Bagi tujuan kajian ini skala penilaian disesuaikan dengan format skala kabur. Nilai penilaian yang diperolehi diterjemahkan kepada nilai keahlian kabur dengan fungsi keahlian kabur bagi setiap pembolehubah linguistik. Hasil kajian melalui kaedah biasa menunjukkan susun atur pencapaian prestasi individu hanya berdasarkan nilai peratusan. Manakala pengukuran skala integer adalah cenderung ke arah nilai yang sama (kurang kepelbagaian). Kaedah penilaian kabur menunjukkan susun atur yang lebih terserak kerana menggunakan skala yang lebih fleksibel (tidak tertakluk kepada nilai integer sahaja). Penyusunan prestasi individu dibuat melalui penaakulan kabur dengan menggunakan gabungan kriteria-kriteria tertentu. Ketepatan kaedah ini bergantung kepada kejituan kriteria keputusan yang ditakrifkan. Berdasarkan perbandingan tersebut kajian mendapati penilaian kabur lebih realistik kerana pencapaian prestasi individu dinilai oleh kekuatan gabungan pelbagai kriteria.