Kesan pemakanan terhadap tumbesaran dan pengeluaran telur ayam katik, Gallus sp. / Mohd Azlan Mohd Ishak … [et al.]
Ayam Katik atau Gallus sp. popular di kalangan masyarakat tempatan dan luar sebagai ayam peliharaan istimewa yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Di dalam kajian ini, 3 jenis rumusan makanan yang mudah diperolehi di pasaran yang terdiri dari dedak penelur, beras hancur, jagung, sambau da...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Perlis
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14712/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14712/1/AJ_MOHD%20AZLAN%20MOHD%20ISHAK%20JI%2003.pdf |
Summary: | Ayam Katik atau Gallus sp. popular di kalangan masyarakat tempatan dan luar sebagai ayam peliharaan istimewa yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Di dalam kajian ini, 3 jenis rumusan makanan yang mudah diperolehi di pasaran yang terdiri dari dedak penelur, beras hancur, jagung, sambau dan hampas kacang soya dengan nisbah tertentu telah diaplikasi ke atas sampel ayam ini. Keputusan menunjukkan bahawa wujudnya perubahan terhadap tumbesaran dan penghasilan telur sampel ayam yang dikaji berdasarkan jenis-jenis rumusan makanan tersebut. Perbezaan rumusan makanan dengan min berat yang berbeza bagi sampel ayam walau bagaimana pun secara keseluruhannya didapati tiada perbezaan yang signifikan (F < Fa, P > 0.05). Perbezaan berat dari segi jantina ayam pada pengambilan rumusan makanan yang berbeza juga
tidak signifikan (F < Fa, P > 0.05). Keputusan awal ini jelas menunjukkan bahawa rumusan makanan yang dirumus khas didapati setanding dengan rumusan makanan konvensional. Perbezaan rumusan makanan tertentu didapati memberikan min berat teluryang berbeza dan ujian F membuktikan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan (F > Fa, P < 0.05) pada satu jenis makanan (Rawatan 3 ; jagung : dedak penelur : beras hancur : sambau, 1: 1:1:1) berbanding dua rawatan yang lain (Rawatan 1 ; dedak penelur dan Rawatan 2 ; dedak penelur : jagung : hampas kacang soya, 1:3:1). Keputusan ini menunjukkan bahawa rumusan makanan konvensional
mempengaruhi tempoh dan penghasilan telur sampel ayam kajian. |
---|