Satu kajian tentang seni ukiran tradisional yang terdapat pada masjid Kampung Keling, Melaka / Noranizam Ahmad
Tesis ini yang bertajuk satu kajian tentang Seni Ukiran Tradisional yang terdapat pada Masjid Kampung Keling, Melaka, adalah bertujuan meninjau sejauh mana perkembangan seni ukiran tradisional yang dapat mempengaruhi seni bina masjid. Masjid Kampung Keling dipilih adalah kerana masjid ini mempunyai...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14360/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14360/1/TD_NORANIZAM%20AHMAD%20AD%2000_5.pdf |
Summary: | Tesis ini yang bertajuk satu kajian tentang Seni Ukiran Tradisional yang terdapat pada Masjid Kampung Keling, Melaka, adalah bertujuan meninjau sejauh mana perkembangan seni ukiran tradisional yang dapat mempengaruhi seni bina masjid.
Masjid Kampung Keling dipilih adalah kerana masjid ini mempunyai ukiran-ukiran tradisional yang belum lagi dikaji serta keunikan yang dapat mempengaruhi mata para pengunjung. Penulis telah membuat kajian seni ukiran tradisional pada masjid ini berlandaskan bahan rujukan. Ukiran tradisional yang mempunyai perbagai motif, gaya, unsur serta elemen seni yang lain dapat memberi satu ilmu yang berguna kepada para
pengkaji serta para mahasiswa umumnya.
Seni ukiran tradisional adalah begitu penting untuk dibuat bahan kajian kerana ia salah satu seni budaya dalam peradapan masyarakat melayu. Seni ukiran tradisional juga dapat mencerminkan nilai-nilai estiteka dalam sebuah masyarakat. Tanpa sesuatu seni itu, masyarakat tidak akan kelihatan maju, ini kerana seni mempengaruhi di dalam peredaran zaman.
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berlandaskan bahan-bahan rujukan serta bahan yang berkaitan dengannya. Tinjauan juga telah dijalankan pada Masjid Kampung Keling ini, agar penulis dapat melihat dengan lebih teliti seni ukiran
tradisional pada masjid ini. Penulis juga telah mengambil gambar yang berkaitan dengan tajuk tesis ini. Penemuan yang telah penulis temui di dalam menyiapkan tesis ini amat banyak
sekali, terutama di dalam bidang ukiran. Seharusnya pada masa sekarang seni ukiran tradisional harus dipelihara serta dimajukan kerana ia juga adalah salah satu khazanah seni berzaman yang beradat. Biar mati anak jangan mati adat,biar masa berubah adat
tidak boleh ditukar ganti. Sebagaimana pesat kemajuan negara ia seharusnya seiring dengan pengekalan budaya bagi melambangkan identiti bangsa. |
---|