Kajian mengenai pengetahuan dan pendedahan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga tiga terhadap seni muzik gamelan di sekitar negeri Johor / Haryani Hamdan
Masalah penyelidikan : Tesis ini adalah untuk mengkaji tentang pengetahuan dan pendedahan para pelajar menengah rendah terhadap seni muzik gamelan di sekitar negeri Johor. Kajian ini melibatkan para pelajar yang berada dalam lingkungan usia 13 hingga 15 tahun yang lebih terdedah dengan muzik moden...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14210/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14210/1/TD_HARYANI%20HAMDAN%20AD%2001_5.pdf |
Summary: | Masalah penyelidikan : Tesis ini adalah untuk mengkaji tentang pengetahuan dan pendedahan para pelajar menengah rendah terhadap seni muzik gamelan di sekitar negeri Johor.
Kajian ini melibatkan para pelajar yang berada dalam lingkungan usia 13 hingga 15 tahun yang lebih terdedah dengan muzik moden berbanding muzik tradisional. Kajian ini
dijalankan bagi mengenal pasti adakah para pelajar ini meminati dan memahami pentingnya seni muzik tradisional yang telah beratus tahun kewujudannya ini dikekalkan dan dihargai oleh golongan usia seperti mereka agar tidak terus ditelan zaman. Kajian ini juga dijalankan bagi mempastikan kebenaran sejauh mana muzik moden dapat mempengaruhi mereka dalam kehidupan seharian mereka.
Kesignifikan kajian : Tesis ini mempunyai kepentingan yang tersendiri iaitu untuk memupuk rasa cintakan seni warisan bangsa agar tidak terus luput dimamah usia. Kajian ini juga dijalankan bagi membantu mempromosikan seni muzik gamelan ini kepada
pelan.cong asing dan masyarakat tempatan serta memupuk jiwa agar sentiasa berasa bangga dengan khazanah tinggalan nenek moyang kita dahulu serta dapat menghargainya dan di
kongsi bersama generasi muda. Selain itu juga kajian ini dilakukan untuk menambahkan lagi koleksi rujukan ilmiah untuk mereka yang meminati sem muzik tradisional ini. Tidak lupa juga sebagai menghargai jasa mereka yang telah berusaha untuk memartabatkan seni muzik gamelan ini pada masa sekarang dan masa akan datang.
Prosedur dan kaedah kajian : Penulis telah melakukan pelbagai jenis kaedah dalam melaksanakan kajian ini. Di antaranya ialah membuat penyelidikkan melalui data prima iaitu dengan menemubual responden iaitu para pelajar di golongan usia 13 hingga 15 tahun dalam mendapatkan pendapat mereka serta menemubual guru-guru yang mengajar muzik gamelan ini. Selain itu penulis juga membuat kajian daripada borang kaji selidik yang telah penulis edarkan kepada para responden yang terlibat. Selain dati data prima, penulis juga membuat kajian ini melalui data ketiga iaitu membuat rujukan keatas bahan-bahan ilmiah
seperti majalah, buku dan yang lain-lain yang berkaitan.
Kesimpulan : Daripada apa yang telah dikaji, penulis dapati para pelajar di usia ini memang tidak meminati muzik walaupun pihak Kementerian Pendidikan berusaha menyerapkan matapelajaran seni muzik dalam sukatan pelajaran KBSR dan KBSM.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, golongan usia begini lebih disogokkan dengan muzik moden yang segelintir daripadanya lebih menjurus kearah yang negatif dan menyimpang
dati unsur-unsur ketimuran. Walaupun begitu tidak kurang juga dari golongan ini yang meminati muzik tradisional ini setelah mereka mempelajari, menyelami dan benar-benar memahami keistimewaan dan keindahan seni muzik tradisional gamelan ini. |
---|