Satu kajian analitik tentang elemen-elemen seni reka yang terdapat pada permainan LEGO / Abdul Wahab Akelah
Penulis telah memilih tajuk tesis mengenai satu kajian analitikal tentang elemen-elemen senireka pada permainan LEGO. Seperti mana yang diketahui, LEGO adalah antara alat permainan yang berkualiti tinggi. la juga berfungsi merangsang perkembangan psikomotor dan kognitif kanak-kanak. Maka, wajar bagi...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14168/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14168/1/TD_ABDUL%20WAHAB%20BIN%20AKELAH%20AD%2000_5.pdf |
Summary: | Penulis telah memilih tajuk tesis mengenai satu kajian analitikal tentang elemen-elemen senireka pada permainan LEGO. Seperti mana yang diketahui, LEGO adalah antara alat permainan yang berkualiti tinggi. la juga berfungsi merangsang perkembangan psikomotor dan kognitif kanak-kanak. Maka, wajar bagi penulis melihat sumbangan elemen-elemen senireka yang ada pada permainan ini. Kajian ini sudah pasti dapat membantu pereka dan pengkaji-pengkaji akan datang untuk mendapatkan
maklumat mengenai tajuk ini. Dalam menyiapkan tesis ini penulis telah menjalankan kaedah pemerhatian dan perbandingan untuk menghasilkan tesis ini. Tujuan kaedah ini dijalankan adalah untuk
mendapatkan maklumat yang terperinci dan mendalam tentang elemen-elemen senireka yang terdapat pada permainan LEGO. Penulis juga dapat mengesan beberapa perbezaan elemen-elemen yang digunakan pada tiga set LEGO iaitu LEGO PRIMO, LEGO DUPLO dan LEGO SYSTEM. Penulis juga ada menjalankan tinjauan terhadap pemain-pemain LEGO PPIMO, LEGO DUPLO dan LEGO SYSTEM dan melihat sejauh mana
mereka menyedari kewujudan elemen-elemen senireka pada permainannya. |
---|