Faktor-faktor penentu kepuasan perumahan yang memberi kesan terhadap gelagat pembayaran caj perkhidmatan bagi perumahan bertingkat / Rohaya Ghani, Mastura Jaffar and Mohd Yahaya Mohd Daud
Perumahan bertingkat merupakan perumahan yang diminati oleh segolongan masyarakat. Ia digemari kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan contohnya parkir, taman permainan, kawalan keselamatan, kolam renang, pintu keluar masuk yang dikawal oleh pengawal keselamatan. Badan pengurusan merupakan badan...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Perlis
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12410/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12410/1/AJ_ROHAYA%20GHANI%20JI%2014.pdf |
Summary: | Perumahan bertingkat merupakan perumahan yang diminati oleh segolongan masyarakat. Ia digemari kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan contohnya parkir, taman permainan, kawalan keselamatan, kolam renang, pintu keluar masuk yang dikawal oleh pengawal keselamatan. Badan pengurusan merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menjaga keseluruhan bangunan dan justeru itu pemilik
petak perlu membayar caj perkhidmatan agar dapat menanggung kos pengurusan. Kepuasan perumahan mempengaruhi gelagat pembayaran caj perkhidmatan. Apabila penghuni tidak berpuas hati maka penghuni enggan dan begitu sebaliknya. Justeru itu, objektif kertas kerja ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor penentu kepuasan perumahan yang memberi kesan terhadap gelagat pembayaran caj perkhidmatan. Hasil tinjauan melalui sorotan literatur mendapati terdapat tujuh faktor yang dimaksudkan iaitu kebersihan, penyenggaraan, staf pengurusan, pejabat pengurusan, perhubungan sosial dan interaksi, keselamatan dan keamanan dan utiliti. Penemuan ini dapat digunakan untuk kajian selanjutnya bagi menentukan faktor faktor penentu gelagat pembayaran caj perkhidmatan demi kesejahteraan dan kualiti hidup penghuni
perumahan bertingkat. |
---|