Adab dan akhlak Islam dalam Pendidikan Islam : satu kajian kes di Selangor / Asmawati Suhid
Pendidikan mempunyai kaitan dengan nilai. Al-Ghazali, misalnya, menekankan bahawa pendidikan menanam perangai baik dalam diri pelajar supaya mereka "dapat menilai antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, pendidikan nilai itu penting dan pendidikan nilai dalam Pendidikan Islam (PI) mampu mena...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
UPENA
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11535/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11535/1/AJ_ASMAWATI%20SUHID%20CITU%2006.pdf |
Summary: | Pendidikan mempunyai kaitan dengan nilai. Al-Ghazali, misalnya, menekankan bahawa pendidikan menanam perangai baik dalam diri pelajar supaya mereka "dapat menilai antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, pendidikan nilai itu penting dan pendidikan nilai dalam Pendidikan Islam (PI) mampu menangani kegawatan sosial dan moral serta menyumbang kepada perkembangan moral pelajar. Mulai 1987, PI wajib diambil oleh pelajar beragama Islam. Sepanjang perlaksanaannya, terdapat beberapa kelemahan, antaranya ialah, PI kurang berkesan dari sudut pembinaan akhlak
pelajar. Untuk menangani kelemahan ini, mulai 2003 komponen
Adab Dan Akhlak Islam (AAI) diperkenalkan dalam PI. Bagaimanapun, tidak terdapat maklumat tentang kesesuaiannya
dari sudut kesediaan pembelajaran pelajar. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesesuaian pengagihan subbidang pembelajaran dalam komponen AAI menurut persepsi guru di peringkat prauniversiti. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan deskriptif untuk mendapatkan data kuantitatif di daerah Hulu Langat dan Petaling, Selangor. Untuk mendapatkan sampel kajian, penyelidik menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok. Untuk kajian ini, satu soal selidik tinjauan digunakan. Dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS), data yang diperoleh menunjukkan bahawa beberapa perubahan pada pengagihan subbidang pembelajaran AAI perlu dilakukan. |
---|