Kesedaran orang awam terhadap pembelajaran bahasa Arab di Malaysia : satu kajian dalam kursus bahasa Arab (Arabic language short course)

Bahasa Arab telah diiktiraf sebagai salah satu bahasa yang paling banyak dituturkan sama ada oleh bangsa Arab atau bukan bangsa Arab di seluruh dunia. Ini menunjukkan bahawa bahasa ini perlu dipelajari memandangkan penggunaannya juga diakui oleh badan-badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Ber...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Adam, Zalika, Abdul Rahman, Lubna, Wan Ahmad, Wan Azura, Ku Azizan, Ku Fatahiyah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/7997/
http://irep.iium.edu.my/7997/
http://irep.iium.edu.my/7997/1/full_paper-%28MICFL_07_upm%29_KESEDARAN_ORANG_AWAM_TERHADAP_KEPENTINGAN_BAHASA_ARAB.pdf
Description
Summary:Bahasa Arab telah diiktiraf sebagai salah satu bahasa yang paling banyak dituturkan sama ada oleh bangsa Arab atau bukan bangsa Arab di seluruh dunia. Ini menunjukkan bahawa bahasa ini perlu dipelajari memandangkan penggunaannya juga diakui oleh badan-badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Di Malaysia, pembelajaran bahasa Arab bukan sahaja ditawarkan di peringkat menengah dan universiti, malah pembelajaran bahasa ini mula didedahkan kepada para pelajar sejak di peringkat rendah lagi melalui program JQAF. Pada masa kini, didapati terdapat kursus-kursus bahasa Arab jangka pendek yang ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu seperti pihak universiti dan lain-lain kepada orang awam. Kajian ini meninjau tahap kesedaran orang awam terhadap kepentingan bahasa Arab dan faktor yang menggalakkan mereka menyertai kursus tersebut. Di samping itu, ia mengkaji keberkesanan kursus ini dan cadangan penambahbaikan terhadap kursus yang disertai. Kajian ini memfokuskan kepada kursus bahasa Arab yang dianjurkan oleh pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memandangkan kedua-dua buah institusi ini aktif menganjurkan kursus tersebut kepada orang awam di Selangor dan kawasan sekitarnya. Kaedah soal selidik dan temu bual dijadikan metode utama dalam kajian ini. Kajian ini mendapati bahawa bahasa Arab dipelajari oleh mereka untuk memahami isi kandungan al-Quran dan untuk memenuhi keperluan semasa. Kursus ini didapati sangat bermanfaat kerana dipimpin oleh pakar-pakar bahasa Arab di universiti tersebut melalui pendekatan yang sesuai.