Pengaruh metabolik makanan berunsur panas dalam peribahasa Melayu: pendekatan semantik inkuisitif
Bagi perspektif orang Melayu, makanan panas adalah merujuk kepada makanan yang mengandungi lemak, sama ada mengandungi lemak binatang, lemak sayur-sayuran, tonik, rempah, protein binatang, masin, pedas dan pahit. Takrifan panas yang diberikan adalah mengenai makanan yang menimbulkan kesan dalam b...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA, DBP KUALA LUMPUR
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/77950/ http://irep.iium.edu.my/77950/1/77950.pdf |
Summary: | Bagi perspektif orang Melayu, makanan panas adalah merujuk kepada makanan yang mengandungi lemak,
sama ada mengandungi lemak binatang, lemak sayur-sayuran, tonik, rempah, protein binatang, masin,
pedas dan pahit. Takrifan panas yang diberikan adalah mengenai makanan yang menimbulkan kesan
dalam badan yang menggalakkan metabolisme iaitu proses makanan dibina menjadi jirim hidup atau jirim
hidup dihuraikan menjadi bahan-bahan mudah. Justeru, tumpuan analisis ini adalah peribahasa yang
menunjukkan pengaruh makanan yang berunsur panas. Data peribahasa Melayu dikumpulkan daripada
pangkalan data www.malaycivilization.ukm.my dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kajian ini
mengaplikasikan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) dan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data.
Data yang diperoleh telah diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan
antara konsep yang dibawa dengan ciri-ciri makanan tersebut. Hasil kajian mendapati peribahasa berkaitan
makanan berunsur panas, khususnya makanan pedas didapati memaparkan ciri-ciri panas yang ditunjukkan
melalui fungsinya untuk ‘menyindir’. Pengaruh metabolik makanan ini ternyata mempunyai keserasian
dengan konsep yang ditunjukkan melalui makna harfiah peribahasa yang dipilih. Gabungan data, teori,
falsafah dan budaya telah dapat menghasilkan huraian makna dalam peribahasa Melayu, yang akhirnya
mencerminkan akal budi penuturnya khususnya berkaitan unsur dalam pemakanan Melayu. |
---|