Resam padi dalam peribahasa Melayu: pendekatan semantik inkuisitif

Peribahasa dihasilkan melalui ilham yang tercetus akibat pengamatan dan tafsiran masyarakat silam terhadap alam persekitaran yang memperlihatkan ciri-ciri yang bertepatan dengan sifat manusia. Alam persekitaran dan keadaan sekeliling merupakan sumber inspirasi dan dijadikan simbol dalam sesuatu peri...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nopiah, Julaina, Mohamed Nor, Mohd Faizal
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Kulliyyah of Languages and Management, International Islamic University Malaysia, Pagoh Campus 2019
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/77949/
http://irep.iium.edu.my/77949/
http://irep.iium.edu.my/77949/1/PROSIDING.pdf
Description
Summary:Peribahasa dihasilkan melalui ilham yang tercetus akibat pengamatan dan tafsiran masyarakat silam terhadap alam persekitaran yang memperlihatkan ciri-ciri yang bertepatan dengan sifat manusia. Alam persekitaran dan keadaan sekeliling merupakan sumber inspirasi dan dijadikan simbol dalam sesuatu peribahasa. Penggunaan peribahasa berkaitan resam padi yang lazimnya menjadi ikutan masyarakat Melayu melalui sifatnya yang menunduk, memberikan ilham kepada pengkaji untuk menerokai akal budi yang tersembunyi di sebalik penciptaan peribahasa ini. Sehubungan itu, tulisan ini bukan sahaja ingin melihat hubungan antara bahasa dan pemikiran, tetapi sebaliknya cuba mencungkil akal budi Melayu menerusi resam padi yang ditonjolkan dalam peribahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif. Justeru, data peribahasa yang berkaitan diambil daripada pangkalan data www.malaycivilization.com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (1989). Gabungan RRS dengan maklumat budaya yang mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna kiasan Melayu sehingga ke akal budi penuturnya. Hasil kajian mendapati resam padi yang menunduk telah dikonsepsikan sebagai sifat rendah diri. Tingkah laku positif dan negatif ditonjolkan menerusi perbandingan ‘padi’ dan ‘lalang’ dalam peribahasa. Kesimpulannya, peribahasa yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu bukanlah sekadar ungkapan kosong yang menarik, tetapi sebaliknya tersembunyi pelbagai ilmu dan falsafah yang tinggi seandainya kita amatinya dengan teliti.