Perniagaan sosial di Malaysia
Perniagaan sosial merupakan aktiviti ekonomi komuniti yang amat menarik untuk diterokai. Ia merupakan pemangkin kemajuan dan pertumbuhan sosio-ekonomi masyarakat khasnya dalam menyelesaikan permasalahan sosial yang masih berlarutan seperti kemiskinan , kebuluran, keciciran peluang dan sebagainya. Pe...
Main Authors: | , , , , , , , |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
Cengage Learning Asia Pte Ltd (Malaysia Branch)
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/75741/ http://irep.iium.edu.my/75741/ http://irep.iium.edu.my/75741/1/Perniagaan%20Sosial%20Di%20Malaysia.pdf |
Summary: | Perniagaan sosial merupakan aktiviti ekonomi komuniti yang amat menarik untuk diterokai. Ia merupakan pemangkin kemajuan dan pertumbuhan sosio-ekonomi masyarakat khasnya dalam menyelesaikan permasalahan sosial yang masih berlarutan seperti kemiskinan , kebuluran, keciciran peluang dan sebagainya. Perniagaan sosial juga mengisi ufuk diantara entiti perniagaan swasta tulen yang bermotifkan keuntungan dan entiti kebajikan bukan untung yang bermotifkan sosial.Namun sebagai suatu bentuk konsep dan entiti perniagaan yang baru diketengahkan, maka kefahaman, penghayatan dan sudut pandangan tentangnya masih lagi belum menyeluruh.
Buku Pernaigaan Sosial di Malaysia ini telah ditulis sebagai usaha mendokumentasikan amalan perniagaan sosial di Malaysia secara ilmiah, formal dan sistematik. Buku ini bermatlamat untuk mencetuskan kesedaran dan pemahaman para pembaca tentang konsep dan praktis perniagaan sosial dalam persekitaran tempatan. Asas ini juga diharap akan dapat mendorong para pembaca untuk menyelidik dan mengembangkan bidang perniagaan ini secara lebih meluas. Oleh yang demikian, buku ini amat sesuai untuk dimanfaatkan oleh semua orang awam, para penyelidik, ahli akademik, pelajar, badan kerajaan, badan korporat, badan amanah dan organisasi bukan untung selaras dengan keperluan dan minat masing-masing dalam sektor perniagaan yang masih baru ini . Ia juga sesuai dijadikan rujukan bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan perniagaan, keusahawanan dan ekonomi di peringkat institusi latihan atau institusi pengajian tinggi. |
---|