Challenges in implementing shariah compliant hospital
Pembangunan pesat pusat-pusat perubatan menunjukkan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan kesihatan yang berkualiti oleh rakyat pada masa kini.. Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti termasuklah kemudahan yang lengkap, kakitangan yang ramah dan mesra dalam melayani pesakit, pakar perubatan yang k...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/75159/ http://irep.iium.edu.my/75159/1/3rd%20Nusantara%20Conference%202019%20on%20Medical%20Issues%20From%20Islamic%20Pe.pdf http://irep.iium.edu.my/75159/2/Challenges%20in%20Implementing%20Shariah%20Compliant%20Hospital%2015%20Sept%202019.pdf |
Summary: | Pembangunan pesat pusat-pusat perubatan menunjukkan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan kesihatan yang berkualiti oleh rakyat pada masa kini.. Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti termasuklah kemudahan yang lengkap, kakitangan yang ramah dan mesra dalam melayani pesakit, pakar perubatan yang kompeten, peralatan perubatan yang teknologi tinggi dan persekitaran yang kondusif. Objektif Hospital Patuh Syariah bukan sahaja menekankan keperluan dalam menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan penjagaan pesakit yang berkualiti tetapi juga menggabungkan keperluan shariah dalam operasi hariannya termasuklah pengurusan sumber manusia yang cekap, kewangan yang stabil, kemudahan fizikal yang terurus dan tahap kerohanian diri pekerja yang utuh. Pelaksanaan konsep ideal sebuah hospital yang mematuhi syariah merupakan cabaran yang memerlukan pendekatan multidisiplin yang komprehensif dan perlu dilaksanakan dan direalisasikan sejak awal pembangunan sesebuah hospital. Setiap proses perjalanan hospital harus dilihat dan dikaji dari segi pematuhan shariahnya. Perkara ini melibatkan kerjasama dan dedikasi seluruh warga organisasi termasuklah bahagian pengurusan tertinggi dan juga staf sokongan. |
---|