Ja’afar putus tangan pertahan bendera

“JIKA ia hanya sehelai kain kosong tanpa makna, masakan Ja’afar bin Abi Talib r.a. sanggup kehilangan kedua-dua belah tangannya mempertahankan panji atau bendera tentera Islam dalam perang Mu’tah. Jika ia sekadar kain kosong, masakan Allah gantikan kedua tangan Ja’afar dengan dua sayap sehingga beli...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahim, Abdullah Bukhari
Format: Article
Language:English
Published: Utusan Melayu (M) Berhad 2019
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/74509/
http://irep.iium.edu.my/74509/
http://irep.iium.edu.my/74509/1/74509_Ja%E2%80%99afar%20putus%20tangan%20pertahan.pdf
Description
Summary:“JIKA ia hanya sehelai kain kosong tanpa makna, masakan Ja’afar bin Abi Talib r.a. sanggup kehilangan kedua-dua belah tangannya mempertahankan panji atau bendera tentera Islam dalam perang Mu’tah. Jika ia sekadar kain kosong, masakan Allah gantikan kedua tangan Ja’afar dengan dua sayap sehingga beliau bebas berterbangan dalam syurga bersama para malaikat.” Itu antara kelebihan yang dimiliki seorang sahabat Rasulullah. Beliau adalah sepupu Nabi SAW dan antara orang terawal memeluk Islam. Dalam perang Mu’tah melawan tentera Rom, beliau kehilangan dua tangan kerana mempertahankan panji tentera Islam. Lalu Allah gantikan kedua-dua tangannya itu dengan dua sayap. Hal ini sebagaimana diceritakan oleh Rasulullah dalam sabda baginda ertinya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Ja’afar (sekarang) bersama malaikat Jibril a.s. dan Mikail a.s. Dia punyai dua sayap sebagai ganti dua tangannya (yang hilang dalam perang Mu’tah). Dia baru sahaja memberi salam kepadaku (dari alam barzakh).” Oleh kerana itu beliau dinamakan sebagai al-Tayyar (insan yang terbang) dalam syurga kelak.” (Mustadrak al-Hakim)