Pandangan alam Islam: analisis dari perspektif surah al-Fatihah
Pandangan alam Islam yang dikenali sebagai tasawwur Islam adalah merupakan gambaran Islam yang sebenar yang tergambar dalam akal fikiran dan berdasarkan sumber yang sahih yang ditanzilkan kepada umat manusia yakni al-Quran. Maka artikel ini berfokus kepada kerangka asas pandangan alam Islam yang dib...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English English English English |
Published: |
Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/73874/ http://irep.iium.edu.my/73874/ http://irep.iium.edu.my/73874/1/Pandangan%20Alam%20Islam%20Artikel%20Shaik%20Abdullah%20%26%20Dr.%20Abbas%2020191%20%281%29%20ISDEV%20telha%20dhantar.pdf http://irep.iium.edu.my/73874/3/Acceptance%20Letter%20from%20Conference%20Secretariat.pdf http://irep.iium.edu.my/73874/33/73874%20Pandangan%20Alam%20Islam.pdf http://irep.iium.edu.my/73874/38/76507_Pandangan%20alam%20Islam%20published.pdf |
Summary: | Pandangan alam Islam yang dikenali sebagai tasawwur Islam adalah merupakan gambaran Islam yang sebenar yang tergambar dalam akal fikiran dan berdasarkan sumber yang sahih yang ditanzilkan kepada umat manusia yakni al-Quran. Maka artikel ini berfokus kepada kerangka asas pandangan alam Islam yang dibina berasaskan kepada surah al-Fatihah yang merupakan intipati keseluruhan surah-surah dalam al-Quran. Peri pentingnya pandangan alam Islam diteropong melalui surah al-Fatihah kerana masyarakat Islam kini menghadapi krisis pemikiran natijah daripada dominasi pemikiran barat moden yang berteraskan pandangan alam barat. Pengaruh pandangan alam barat moden telah memberi gambaran yang salah terhadap Islam baik dari segi pemahaman mahupun amalan. Justeru pandangan alam Islam yang tulen yang bersumberkan al-Quran khususnya surah al-Fatihah dapat membantu menangani kekeliruan yang berlaku dalam faham Islam agar tidak timbul isu salah faham terhadap kesucian Islam. Dalam hubungan ini, artikel ini cuba menganalisis kerangka pandangan alam Islam menurut surah al-Fatihah dalam konteks hubugan tiga dimensi yang merangkumi hubungan Allah, manusia dan alam. Surah al-Fatihah yang menjadi amalan harian umat Islam khususnya dalam solat dapat membantu umat Islam menghayati keindahan pandangan alam Islam yang mudah difahami, jelas dan menyeluruh.Mudah-mudahan kajian penerokaan bersumberkan tektual kepustakaan dapat menyumbang mengatasi masalah kekeliruan terhadap asas-asas Islam yang mempengaruhi seluruh fikrah insani serta membantu mengatasi isu semasa seumpama ‘Islamophobia’ yang semakin serius kebelakangan ini. |
---|