Cegah mungkar, hapus denggi

Siapa sangka ia cuma seekor makhluk kecil yang tidak bernilai. Kitaran hidupnya tidak panjang. Beratnya pun tak sampai beberapa miligram, namun kesan buruknya mampu menggetar badan dan menggugat nyawa. Itulah bahaya seekor makhluk Allah bernama nyamuk. Nyamuk kelihatan remeh dan kecil, namun ia mili...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahim, Abdullah Bukhari
Format: Article
Language:English
Published: Kumpulan Utusan (M) Sdn. Bhd. 2019
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/73610/
http://irep.iium.edu.my/73610/
http://irep.iium.edu.my/73610/1/73610_Cegah%20mungkar%2C%20hapus%20denggi.pdf
Description
Summary:Siapa sangka ia cuma seekor makhluk kecil yang tidak bernilai. Kitaran hidupnya tidak panjang. Beratnya pun tak sampai beberapa miligram, namun kesan buruknya mampu menggetar badan dan menggugat nyawa. Itulah bahaya seekor makhluk Allah bernama nyamuk. Nyamuk kelihatan remeh dan kecil, namun ia miliki impak luar biasa pada kehidupan manusia. Jika tidak masakan Allah menyebut namanya dalam al-Quran ketika menyindir kebebalan golongan bukan Islam yang tidak mahu memahami perumpamaan yang dibawa al-Quran: Firman Allah ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang yang beriman, maka mereka tahu bahawa perbandingan itu benar daripada Tuhan mereka; dan kalau orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang yang fasik.” (al-Baqarah 2:26).