Rahmatan Lil Alamin sebagai strategi penyebaran Islam di alam Melayu

Islam sebagai agama rahmah merupakan tema utama Islam kepada alam sejagat. Penekanan terhadap peri pentingnya untuk melaksanakan pendekatan rahmah kepada masyarakat terbanyak telah diperlihatkan oleh para sarjana di alam Melayu seawal kurun ke-17. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji dan seter...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdul Jalil, Mohd. Noh
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/73258/
http://irep.iium.edu.my/73258/7/73258%20invitation%20letter%20and%20certificate.pdf
http://irep.iium.edu.my/73258/8/73258%20Rahmatan%20Lil%20Alamin%20sebagai%20strategi%20penyebaran%20Islam%20di%20alam%20Melayu.pdf
Description
Summary:Islam sebagai agama rahmah merupakan tema utama Islam kepada alam sejagat. Penekanan terhadap peri pentingnya untuk melaksanakan pendekatan rahmah kepada masyarakat terbanyak telah diperlihatkan oleh para sarjana di alam Melayu seawal kurun ke-17. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji dan seterusnya membuktikan bahawa Islam telah dipersembahkan kepada masyarakat Melayu dari sisi terbaik iaitu melalui perlaksanaan konsep rahmah kepada sekalian alam. Ia telah menghasilkan proses Islamisasi di alam Melayu pada peringkat permulaannya berlaku dalam keadaan aman dan tanpa sebarang pertumpahan darah. Para ulama’ Islam di Alam Melayu pada kurun ke-17 telah berjaya memperlihatkan sisi rahmah Islam kepada alam sejagat. Hasilnya, masyarakat Melayu ketika itu yang telah terdedah selama beratus tahun lamanya kepada budaya dan agama Hindu-Buddha serta animisme telah berjaya disantuni dengan keindahan Islam. Mereka telah meninggalkan ajaran-ajaran ini dan seterusnya menerima Islam sepenuhnya secara sukarela.