Rahsia muka tanpa jerawat?
Jerawat adalah penyakit biasa yang dihadapi golongan remaja. Ianya perlu dirawat kerana boleh memberikan kesan fizikal dan psikologi yang berpanjangan kepada pesakit. Ramai di antara mereka yang merasa rendah diri dan boleh menjurus kepada penyakit kemurungan yang membimbangkan. Penyebab-penyebab...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
The Malaysian Medical Gazette
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/73255/ http://irep.iium.edu.my/73255/ http://irep.iium.edu.my/73255/1/July%20Dr.%20Mohd%20Rahsia%20Muka%20Tanpa%20Jerawat.pdf |
Summary: | Jerawat adalah penyakit biasa yang dihadapi golongan remaja. Ianya perlu dirawat kerana boleh memberikan kesan fizikal dan psikologi yang berpanjangan kepada pesakit. Ramai di antara mereka yang merasa rendah diri dan boleh menjurus kepada penyakit kemurungan yang membimbangkan.
Penyebab-penyebab utama jerawat secara amnya adalah:
1) Pembiakan kuman anaerob ‘propionibacterium acnes’ yang menyebabkan keradangan kulit.
2) Peningkatan penghasilan sebum disebabkan oleh penghasilan berganda oleh kelenjar sebum.
3) Pertukaran keratin folikel yang menyebabkan penghasilan komedon.
4) Radang kulit muka disebabkan oleh produk yang dihasilkan oleh bakteria.
Objektif rawatan jerawat adalah untuk membantu menghilangkan keradangan kulit dan komedon, memastikan ianya tidak berulang dan juga mengelakkan pesakit dari mengalami kesan parut kosmetik serta masalah psikologi.
Secara amnya, rawatan untuk jerawat boleh di kategorikan kepada dua iaitu rawatan intensif (induction) iaitu bagi memastikan ketiadaan jerawat secara total (remission phase) dan rawatan pengekalan (maintenance phase). |
---|