Bukan ummati-ummati!
PERGINYA Rasulullah SAW ke pangkuan Allah SWT mengguris jiwa para sahabat dan semua orang yang beriman. Cinta kepada Baginda adalah cinta sejati yang mendorong mereka mengorbankan segalanya walau nyawa pada badan sendiri. Apa tidaknya, kehilangan Baginda tiada ganti. Walaupun sejuta manusia mati hid...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Utusan Melayu (M) Berhad
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/72535/ http://irep.iium.edu.my/72535/ http://irep.iium.edu.my/72535/1/72535_Bukan%20Ummati-Ummati%21.pdf |
Summary: | PERGINYA Rasulullah SAW ke pangkuan Allah SWT mengguris jiwa para sahabat dan semua orang yang beriman. Cinta kepada Baginda adalah cinta sejati yang mendorong mereka mengorbankan segalanya walau nyawa pada badan sendiri. Apa tidaknya, kehilangan Baginda tiada ganti. Walaupun sejuta manusia mati hidup semula dalam tubuh mana-mana tokoh sekalipun, ia tetap tidak dapat menandingi keagungan seorang insan bernama Muhammad Rasulullah SAW.
Dalam bicara sedih kewafatan Baginda, orang Melayu sering didedahkan bahawa lafaz terakhir Baginda sebelum dijemput Allah adalah lafaz kerisauan tentang nasib umatnya. “Sudah agak lama lafaz “Ummati! Ummati! atau “Aduhai umatku” disemat di hati orang Islam.
Lafaz kecaknaan Baginda ini seakan-akan menusuk menikam hati kecil kita sehingga tikaman itu membuahkan kecintaan bersulam kesedihan. Lalu hati kita berkata: “Aduh! Mulia sekali hatimu Ya Rasulullah! Sehingga nafasmu yang terakhir pun, keprihatinanmu tetap terjurus pada kami.” Kenangan ini pastinya menitiskan air mata bagi orang beriman. |
---|