Aplikasi maslahah ke atas pensyaratan pelaksanaan haji atau umrah melalui agensi pengelola = The application of maslahah in restriction on performing hajj and umrah with operating agencies
Ibadah Haji adalah rukun Islam kelima, manakala ibadah Umrah adalah salah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Kedua-dua ibadah ini adalah hak Allah ke atas setiap muslim yang berkemampuan dan dari sudut yang lain ia juga merupakan hak semua muslim untuk melakukannya. Memandangkan pelak...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/72459/ http://irep.iium.edu.my/72459/ http://irep.iium.edu.my/72459/ http://irep.iium.edu.my/72459/1/74-Article%20Text-225-2-10-20190531.pdf |
Summary: | Ibadah Haji adalah rukun Islam kelima, manakala ibadah Umrah
adalah salah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Kedua-dua ibadah
ini adalah hak Allah ke atas setiap muslim yang berkemampuan dan dari
sudut yang lain ia juga merupakan hak semua muslim untuk melakukannya.
Memandangkan pelaksanaan kedua-dua ibadah ini melibatkan aspek-aspek
yang pelbagai seperti keselamatan dan kesihatan, maka pihak yang
bertanggungjawab dalam menguruskannya telah meletakkan beberapa syarat
tambahan, di samping syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Syarak.
Antara syarat-syarat tambahan ini ialah, larangan mengerjakan haji atau
umrah tanpa melalui agensi pengelola yang sah. Kajian ini bertujuan menilai
syarat larangan ini dari sudut syarak, dengan menekankan aspek
kemaslahatan dan kemudaratan. Kajian ini mengandungi tiga perbahasan
utama, iaitu pengertian beberapa istilah, latar belakang hukum larangan, dan
membincangkan penilaian hukum larangan tersebut menurut konsep
Maslahah. Kajian ini akan menggunakan metod kualitatif dengan
menjadikan kaedah-kaedah syarak secara umumnya dan konsep Maslahah
secara khususnya sebagai sandaran dalam menilai sejauh mana larangan
mengerjakan Haji dan Umrah tanpa melalui agensi pengelola menepati
Syarak.
*****************************************************************************************************
Hajj is the fifth pillar of Islam, while Umrah is considered among the highly encouraged deeds in Islam. Both worships are considered as the right of Allah upon every Muslim who are able to perform them, and in other side every Muslim has the right to go to Hajj and Umrah. Considering that the practice of these worships involves various aspects such as security and health, the official party which is responsible in managing both has imposed additional conditions to those who are willing to perform Hajj or Umrah. Among these conditions is restriction on performing Hajj or Umrah without thru operating agencies which are recognized by the Saudi government. This study aimed to evaluate this condition of restriction in the view of Shariah, by emphasizing the comparison between Maslahah (interest) and Mafsadah (harm). This study consists of three main discussions, the first focuses on defining the terminologies used in this study. While, the second highlights the historical background of this restriction, and the third discusses the Islamic ruling of this restriction based on the concept of Maslahah. This study relies on the qualitative method by utilizing the concept of Maslahah in evaluating this restriction. |
---|