Kenapa bacaan gula saya tetap tinggi ketika puasa Ramadan?
Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ibadah yang wajib dilakukan oleh umat Islam dalam bulan ini termasuklah berpuasa di siang hari iaitu sekitar 13 jam untuk penduduk di Malaysia. Ketika melakukan ibadah puasa ini, umat Islam perlu mengawal diri daripa...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
The Malaysian Medical Gazette
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/72090/ http://irep.iium.edu.my/72090/ http://irep.iium.edu.my/72090/1/72090_Kenapa%20Bacaan%20Gula%20Saya%20Tetap.pdf |
Summary: | Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ibadah yang wajib dilakukan oleh umat Islam dalam bulan ini termasuklah berpuasa di siang hari iaitu sekitar 13 jam untuk penduduk di Malaysia. Ketika melakukan ibadah puasa ini, umat Islam perlu mengawal diri daripada makan dan minum serta apa-apa jua perkara yang boleh membatalkan puasa.
Ibadah puasa sudah terbukti memberi banyak kebaikan termasuklah dari segi saintifik seperti penurunan berat badan, pengawalan kencing manis dan darah tinggi. Namun, untuk sesetengah pesakit kencing manis, pernahkah anda terfikir, mengapa bacaan gula anda tetap tinggi ketika berpuasa di bulan Ramadan? Ikuti penjelasan ringkas berikut:
Adakah semua pesakit kencing manis dibolehkan berpuasa?
Dari segi rujukan dan panduan secara umum, kebolehan pesakit kencing manis untuk berpuasa adalah bergantung kepada individu itu sendiri dan tahap kawalan kencing manis mereka. Mereka yang bakal berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi kencing manis dan kemudaratan ketika berpuasa termasuklah pesakit kencing manis yang berikut:
Mengalami sejarah gula yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dalam tempoh terbaru dan memerlukan rawatan hospital
Bacaan paras gula yang senantiasa amat tinggi dan merbahaya
Kegagalan buah pinggang
Wanita yang hamil
Tidak dapat mengenal pasti gejala kurang gula atau gula yang tinggi
Mereka yang sudah berumur dan tidak mampu mengurus diri sendiri
Mengalami pelbagai penyakit kronik yang lain berserta kegagalan organ dalaman untuk berfungsi dengan baik
Namun ini tidak bermakna mereka sama sekali tidak boleh berpuasa. Pemeriksaan dan penilaian risiko secara individu amatlah penting. |
---|