Kedudukan ilmu sains dan teknologi dalam menentukan hukum ‘iddah dan kesannya terhadap Maqasid Syariah
Islam memerintahkan perempuan yang diceraikan atau kematian suami ber'iddah dalam tempoh yang telah ditetapkan. Perintah ini disebut secara jelas di dalam Al-Quran dan telah disepakati oleh para ulama'. Antara hikmah yang terbesar ialah untuk menjaga maqasid shariah iaitu memelihara nasa...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
International Journal of Business, Economics and Law - IJBEL
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/71893/ http://irep.iium.edu.my/71893/ http://irep.iium.edu.my/71893/1/71893_KEDUDUKAN%20ILMU%20SAINS%20DAN%20TEKNOLOGI.pdf |
Summary: | Islam memerintahkan perempuan yang diceraikan atau kematian suami ber'iddah dalam tempoh yang telah ditetapkan. Perintah
ini disebut secara jelas di dalam Al-Quran dan telah disepakati oleh para ulama'. Antara hikmah yang terbesar ialah untuk menjaga
maqasid shariah iaitu memelihara nasab keturunan manusia. Hal ini adalah kerana perempuan yang ber'iddah tidak boleh
berkahwin dengan lelaki lain dalam tempoh tersebut. Justeru, ini mengelakkan percampuran benih suami dan memastikan kesucian
rahim wanita. Namun begitu, kemajuan ilmu sains dan teknologi hari ini telah membantu banyak penemuan baru dengan bantuan
alatan canggih. Antaranya, kita dapat memeriksa kesucian rahim wanita dan mengetahui hasilnya secara tepat dan pantas. Kertas
kerja ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan alatan teknologi moden ini dapat menggugurkan kewajipan 'iddah
bagi kaum wanita dan bagaimana hubungkaitnya dengan maqasid shariah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah
penyelidikan perpustakaan yang dicedok daripada Al-Quran, hadith, kitab para ulama’ empat mazhab serta jurnal dan artikel ilmiah
yang mempunyai perkaitan dengan masalah ini. Hal ini bertujuan untuk memahami konsep 'iddah serta hikmahnya sehingga
masalah ini dapat ditafsirkan dalam konteks yang sebenar menurut perspektif maqasid shariah. Hasil kajian ini mendapati
kewujudan alatan tersebut tidak dapat menggugurkan hukum dan kewajipan 'iddah bagi para isteri. Hal ini adalah kerana
memastikan kesucian rahim wanita hanya salah satu daripada hikmah‘iddah sedangkan di sana ada maqasid yang lebih besar iaitu
memperhambakan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Selain itu, di
samping menjaga maslahah isteri, 'iddah turut disyariatkan untuk menjaga maslahah suami dan anak-anak. |
---|