Aplikasi Maqasid Syariah dalam sistem pendidikan di Malaysia: Pembelajaran Abad Ke-21
“Pendidikan Abad ke-21” (PAK21) telah mempengaruhi dan mengambil alih teknik pembelajaran dan pengajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pada masa yang sama, hubungkait antara Maqasid Syariah dengan pendidikan abad ke-21 kini dilihat perlu dalam mengharmonikan kemajuan dalam bidang pendidikan...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
International Journal of Business, Economics and Law - IJBEL
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/71890/ http://irep.iium.edu.my/71890/ http://irep.iium.edu.my/71890/1/71890_Aplikasi%20maqasid%20syariah%20dalam%20sistem.pdf |
Summary: | “Pendidikan Abad ke-21” (PAK21) telah mempengaruhi dan mengambil alih teknik pembelajaran dan pengajaran dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Pada masa yang sama, hubungkait antara Maqasid Syariah dengan pendidikan abad ke-21 kini dilihat
perlu dalam mengharmonikan kemajuan dalam bidang pendidikan agar selari dengan prinsip Maqasid Syariah yang kini sering
diperkenalkan kepada masyarakat. Sebenarnya telah wujud perkaitan yang rapat antara objektif sistem pendidikan di Malaysia
dengan objektif syariah (Maqasid Syariah) itu sendiri. Sehubungan dengan itu, kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji aplikasi
Maqasid Syariah dalam sistem yang baru diperkenalkan dalam pendidikan di Malaysia iaitu PAK-21. Pengkaji akan menggunakan
kaedah penyelidikan secara induktif dengan menghimpunkan data-data (dari Kementerian Pendidikan Malaysia) mengenai PAK21
disamping mengetengahkan dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan tokoh-tokoh tertentu (seperti Ibn Ashur, AlYubi dan tokoh agamawan yang lain) bagi membantu perbahasan aplikasi Maqasid Syariah dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa PAK21 ini menerapkan elemen dan nilai-nilai murni serta aplikasi Maqasid Syariah
yang baik khususnya dari aspek Hifz Al-Aql iaitu penjagaan akal. Standard Kemahiran, Kurikulum Kebangsaan, Pengurusan Bilik
Darjah abad ke-21, serta Ciri-ciri Murid PAK21 yang diperkenalkan dilihat sangat bertepatan dengan konsep Maqasid
Syariah. Justeru, penyerapan usaha untuk menyuburkan kefahaman Islam secara teori dan praktikal harus digandakan dan ini
sekaligus dapat membantu para guru dan warga pendidik bagi menerapkan nilai-nilai murni kepada murid dengan lebih baik dan
berkesan. |
---|