Kajian kes keperluan Bahasa Arab dalam kalangan jemaah haji dan umrah Malaysia dari sudut pandang mutawwif-mutawwif Syarikat Andalusia = Case studies of Arabic Language requirements in the hajj and umrah of Malaysia from the perspective of mutawwif of Andalusian Company
Bahasa Arab merupakan bahasa yang penting dalam memahami ajaran-ajaran Islam. Hal ini kerana dua sumber rujukan utama umat Islam seluruh dunia iaitu Al-Quran dan Al-Hadith merupakan dalam bahasa Arab. Justeru penggunaannya dalam ibadah juga memainkan peranan yang penting dalam menambahkan kekhusyuka...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia.
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/71839/ http://irep.iium.edu.my/71839/ http://irep.iium.edu.my/71839/1/International%20Journal%20of%20Religion%20Research%20in%20Education%202017.pdf |
Summary: | Bahasa Arab merupakan bahasa yang penting dalam memahami ajaran-ajaran Islam. Hal ini kerana dua sumber rujukan utama umat Islam seluruh dunia iaitu Al-Quran dan Al-Hadith merupakan dalam bahasa Arab. Justeru penggunaannya dalam ibadah juga memainkan peranan yang penting dalam menambahkan kekhusyukan dalam beribadah. Malahan pada hari ini kita dapat melihat penggunaan bahasa Arab yang meluas bukan sahaja dalam ibadah malahan telah diperluaskan ke dalam sektor pelancongan, politik, komunikasi, hubungan antara negara-negara luar dan lain-lain. Bahasa Arab juga telah menjadi bahasa komunikasi yang semakin luas penggunaannya, bahkan kita dapat melihat melalui kajian-kajian terdahulu bahawa masyarakat cenderung mempelajari bahasa Arab kerana ingin berkomunikasi dan memahami budaya penutur bahasa itu. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengetahui pandangan mutawwif-mutawwif Malaysia terhadap keperluan mempelajari bahasa Arab untuk Jemaah Haji dan Umrah Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah temubual. Temubual telah dijalankan terhadap 15 orang mutawwif-mutawwif daripada Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn.Bhd. untuk mengetahui pandangan mereka berdasarkan pengalaman mereka semasa membawa Jemaah haji dan umrah dari Malaysia ke tanah suci. Hasil kajian menunjukkan betapa pentingnya bahasa Arab untuk jemaah haji dan umrah dan ianya menjadi satu keperluan dalam membina modul khusus atau menambah baik modul khusus yang sedia ada untuk membantu jemaah haji dalam mempelajari bahasa Arab untuk memudahkan urusan mereka di tanah suci.
Kata kunci: Bahasa Arab untuk Jemaah Haji dan Umrah, sudut pandang, mutawwif.
*************************************************************************************************
Arabic is an important language in understanding the teachings of Islam. This is because the two main sources of reference of Muslims around the
world namely the Al-Quran and Al-Hadith are in Arabic. Hence its use in worship also plays an important role in increasing the devotion in
worship. Even today we can see the widespread use of Arabic language not only in worship but also expanded into tourism, politics,
communication, relationships between outside countries and others. Arabic has also become an increasingly widespread communication language,
and even we can see through earlier studies that people tend to learn Arabic for wanting to communicate and understand the language of the
speakers of the language. Hence this study aims to find out Malaysia's mutawwif views on the need to learn Arabic for Hajj and Umrah
Malaysia. This study is a qualitative study using interview method. Interviews were conducted on 15 mutawwifs from the Andalusia Travel &
Tours Sdn.Bhd Company. to know their views based on their experience when bringing pilgrims and umrahs from Malaysia to holy land. The findings show how important the Arabic language is for pilgrims and umrahs and it is a necessity in building a specialized module or improving
existing custom modules to assist pilgrims in learning Arabic to facilitate their affairs in holy land. |
---|