Keberkesanan kit maya mari memintal dwibahasa dalam kalangan murid normal dan murid pendidikan khas

Aktiviti pemintal lidah atau tongue twister mengandungi susunan perkataan, frasa atau ayat yang hampir sama sebutannya. Penutur perlu membaca perkataan dengan bunyi yang hampir sama tersebut secara pantas. Hal ini biasanya akan menyebabkan penutur mengalami kesukaran untuk menyebut susunan p...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nazir, Faridah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/71702/
http://irep.iium.edu.my/71702/1/71702_Keberkesanan%20kit%20maya%20mari%20memintal%20dwibahasa.pdf
Description
Summary:Aktiviti pemintal lidah atau tongue twister mengandungi susunan perkataan, frasa atau ayat yang hampir sama sebutannya. Penutur perlu membaca perkataan dengan bunyi yang hampir sama tersebut secara pantas. Hal ini biasanya akan menyebabkan penutur mengalami kesukaran untuk menyebut susunan perkataan dalam ayat yang dikemukakan hingga terpaksa memberhentikan bacaan atau sebutan. Walaupun demikian, pemintal lidah merupakan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu murid-murid meningkatkan kebolehan artikulasi dan sebutan. Maka, Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa ini telah dihasilkan untuk membantu murid-murid atau sesiapa sahaja untuk menyebut perkataan ketika bertutur dan membaca sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Selain itu, Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa ini juga, membolehkan penggunanya menulis ayat -ayat pemintal lidah masingmasing. Hal ini disebabkan oleh, selain ayat-ayat pemintal lidah sedia ada, kit ini juga memberi panduan dan sumber untuk menghasilkan ayat -ayat pemintal lidah sendiri. Inovasi ini bersifat mesra pengguna kerana sesiapa sahaja boleh menggunakannya untuk aktiviti pemintal lidah atau membina ayat-ayat pemintal lidah sendiri. Kit ini juga boleh digunakan di peringkat antarabangsa kerana disediakan dalam dua bahasa utama, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sumber dan aktiviti pemintal lidah yang terdapat dalam kit ini juga adalah terdiri daripada bahan dalam talian dan luar talian, iaitu boleh digunakan dengan atau tanpa internet. Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa ini juga membolehkan murid, guru dan masyarakat umum melakukan aktiviti pemintal lidah di samping berpeluang menghasilkan pula bahan pemintal lidah sendiri secara menyeronokkan di manamana sahaja mereka berada. Kit ini telah digunakan di beberapa buah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam. Dapatan menunjukkan bahawa, kit ini telah membantu murid-murid di sekolah rendah yang normal untuk bertutur dengan lebih lancar. Di samping itu, murid-murid sekolah menengah pendidikan khas yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan pula, menunjukkan usaha untuk bertutur dan seronok semasa menggunakan kit ini