Pembahagian harta sepencarian dalam poligami menurut undang-undang keluarga Islam
Polemik berhubung poligami di kalangan masyarakat Islam di negara ini sering menjadi tumpuan media massa khususnya hal yang menyentuh kedudukan hak isteri pertama terhadap harta dalam tempoh perkahwinan tersebut. Pengorbanan mereka diiktiraf dalam undang-undang keluarga Islam dengan diberi keleb...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book Chapter |
Language: | English |
Published: |
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/69959/ http://irep.iium.edu.my/69959/ http://irep.iium.edu.my/69959/1/69959_Pembahagian%20Harta%20Sepencarian%20dalam%20Poligami.pdf |
Summary: | Polemik berhubung poligami di kalangan masyarakat Islam di negara
ini sering menjadi tumpuan media massa khususnya hal yang
menyentuh kedudukan hak isteri pertama terhadap harta dalam
tempoh perkahwinan tersebut. Pengorbanan mereka diiktiraf dalam
undang-undang keluarga Islam dengan diberi kelebihan dari sudut
membolehkan pembahagian harta sepencarian dalam perkahwinan
berdasarkan tempoh usia perkahwinan yang lebih lama berbanding
isteri-isteri yang lain.
Justeru, dapat difahami bahawa harta sepencarian bukan sahaja
boleh dituntut semasa atau selepas berlakunya perceraian hidup
ataupun kematian tetapi juga semasa perkahwinan masih berjalan iaitu
semasa permohonan poligami ataupun setelah berlaku poligami.
Dalam hal ini, Mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan
perintah pembahagian harta sepencarian sama ada poligami tersebut
mendapat keizinan mahkamah atau tanpa kebenaran mahkamah.
Namun permohonan tuntutan harta sepencarian oleh pihak isteri bagi
poligami tanpa kebenaran mahkamah (di luar negara) hanya boleh
dilakukan jika poligami tersebut didaftarkan kerana hak harta
sepencarian isteri yang sedia ada tidak akan hilang dengan sebab
perkahwinan poligami dilakukan di luar negara (Roshdan 2013). |
---|