Pembunuhan tidak sengaja dan kesannya terhadap pewarisan harta pusaka menurut undang-undang pusaka Islam

Jenayah dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan al-jinayah atau al-jarimah. Perkataan al-jinayah ditakrifkan sebagai segala bentuk tindakan yang dilarang dan merosakkan, sama ada tindakan itu dilakukan ke atas badan, harta atau sebagainya. Manakala al-Mawardi (1989) mentakrifkan al-jarimah se...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Husni, Ahmad, Ahmad, Md Yazid, Mohamed Said, Noor Lizza, Nasohah, Zaini
Format: Book Chapter
Language:English
Published: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2014
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/69958/
http://irep.iium.edu.my/69958/
http://irep.iium.edu.my/69958/1/69958_Pembunuhan%20Tidak%20Sengaja%20dan%20Kesannya.pdf
Description
Summary:Jenayah dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan al-jinayah atau al-jarimah. Perkataan al-jinayah ditakrifkan sebagai segala bentuk tindakan yang dilarang dan merosakkan, sama ada tindakan itu dilakukan ke atas badan, harta atau sebagainya. Manakala al-Mawardi (1989) mentakrifkan al-jarimah sebagai kesalahan menurut syariah yang jika dilakukan boleh dikenakan hukuman hudud atau takzir. Menurut ‘Abd al-Qadir ‘Awdah (1964) konsep asas kedua-duanya adalah sama dan hanya digunakan jenayah bagi merangkumkan keduaduanya. Sehubungan dengan itu, artikel ini hanya menumpukan kepada jenayah pembunuhan sahaja. Ulama telah mengkategorikan jenis-jenis pembunuhan kepada tiga, empat dan lima jenis, bergantung kepada pandangan-pandangan ulama secara tersendiri. Secara umumnya, terdapat tiga jenis pembunuhan iaitu pembunuhan dengan niat atau sengaja (al-qatl al-‘amd), pembunuhan menyerupai sengaja (al-qatl shibh al-‘amd) dan pembunuhan tanpa niat atau tidak sengaja (al-qatl al-khata’). Jenisjenis pembunuhan ini akan mengakibatkan hukuman yang berbeza sekaligus turut memberikan kesan yang berbeza terhadap pewarisan harta pusaka.