Umat Islam dan Barat dilemma langkah dan tindak balas
Belum sempat dunia Islam menghela nafas lega selepas tamatnya era penjajahan di tanah air mereka pada separuh kedua abad ke 20, dunia barat telahpun memikirkan satu cara lain yang dapat mengembalikan kewujudan mereka di dunia Islam yang tenang itu dengan memulakan pencerobohan budaya, pemikiran dan...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
ذاكرة عمان
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/69930/ http://irep.iium.edu.my/69930/ http://irep.iium.edu.my/69930/1/Umat%20Islam%20dan%20Barat%20Dilemma%20Langkah%20dan%20Tindak%20Balas.pdf |
Summary: | Belum sempat dunia Islam menghela nafas lega selepas tamatnya era penjajahan di tanah air mereka pada separuh kedua abad ke 20, dunia barat telahpun memikirkan satu cara lain yang dapat mengembalikan kewujudan mereka di dunia Islam yang tenang itu dengan memulakan pencerobohan budaya, pemikiran dan beberapa pendekatan yang lainnya. Yang paling penting di antara pendekatan tersebut pada waktu mutakhir ini ialah provokasi media yang muncul dalam pelbagai format.
Percubaan untuk mencetuskan provokasi dunia Islam ini adalah banyak sekali, namun, malang sekali, ia telahpun melampaui batasannnya apabila beberapa media barat menyebarkan lukisan tentang Baginda SAW yang menggambarkannya dengan gambaran yang amat tidak sesuai. Dunia barat tentunya tidak sama sekali menjangkakan yang dunia Islam akan berdiam diri menghadapi provokasi berat yang sedemikian, kerana mereka tentunya menjangkakan satu demonstrasi besar-besaran yang akan membawa kepada kucar kacir akan tercetus di dunia Islam; dan inilah yang berlaku sebenarnya. Ini adalah kerana mereka akan menjalankan satu kaji selidik dalam kalangan orang Islam sebelum mereka melancarkan apa-apa tindakan provokasi. Ini adalah kerana orang Islam – pada ketika ini khususnya- sedang merasakan satu semangat yang tinggi, kerana bendera-bendera kebangkitan sedang berkibar dalam kalangan mereka dan amat menarik perhatian; jumlah mereka di dunia barat juga terus bertambah dengan jelas. Ini adalah kerana jaminan untuk menjayakan tindakan provokasi ini ialah wujudnya jaringan-jaringan perhubungan sosial yang akan menularkan mesej ini dengan secepat mungkin, ditambah lagi dengan adanya saluran-saluran satelit khusus yang banyak terdapat di dunia Islam yang membolehkannya untuk membuat liputan tentang apa sahaja bentuk respon yang akan berlaku jika tindakan provokasi itu tercetus. |
---|