Siri bacaan bertahap Bahasa Arab dalam membangun kemahiran membaca lanjutan pelajar Bahasa Arab sebagai bahasa kedua atau bahasa asing

Kajian terdahulu telah membuktikan keberkesanan siri bacaan tambahan dalam meningkatkan kemampuan berbahasa sebagai bahasa kedua atau bahasa asing. Nuttal pada salah satu penyelidikannya mengatakan bahawa ada dua cara efektif dalam menguasai bahasa kedua atau bahasa asing. Cara pertama adalah tin...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Chaldun, Windi, Chik, Abdul Rahman
Format: Article
Language:English
Published: WorldConferences.net 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/69795/
http://irep.iium.edu.my/69795/
http://irep.iium.edu.my/69795/1/69795_Siri%20Bacaan%20Bertahap%20Bahasa%20Arab.pdf
Description
Summary:Kajian terdahulu telah membuktikan keberkesanan siri bacaan tambahan dalam meningkatkan kemampuan berbahasa sebagai bahasa kedua atau bahasa asing. Nuttal pada salah satu penyelidikannya mengatakan bahawa ada dua cara efektif dalam menguasai bahasa kedua atau bahasa asing. Cara pertama adalah tinggal di lingkungan dimana penduduknya berkomunikasi dengan bahasa tersebut, dan cara yang kedua adalah dengan membaca secara ekstensif. Bagi pelajar yang ada sifat malu, cara pertama dianggap kurang berkesan kerana mereka tidak boleh memanfaatkan peluang ini untuk berkomunikasi diantara mereka. Selain itu, waktu pembelajaran bahasa Arab di bilik darjah tidak cukup untuk mengadakan latihan perbualan, sebab kosa kata serta struktur bahasa terbatas dari yang telah diajarkan oleh guru sahaja, dan pelajar tidak mempunyai peluang untuk menerokai bahasa tersebut seperti halnya yang dilakukan oleh pelajar-pelajar bahasa Arab sebagai bahasa kedua atau bahasa asing. Oleh kerana itu, mereka memerlukan buku-buku bacaan tambahan untuk menyokong pembelajaran mereka. Fakta yang terjadi, buku-buku bacaan tambahan bahasa Arab sangat kurang, dan yang ada di toko-toko online tidak sesuai dengan kondisi pelajar bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kesan siri bacaan bertahap bahasa Arab untuk membangunkan kemahiran bacaan lanjutan kepada pelajar bahasa Arab sebagai bahasa kedua atau bahasa asing. Dari segi metodologi penyelidikan, penyelidik menggunakan pendekatan yang berbeza, iaitu metodologi deskriptif, analitis, eksperimen dan statistik. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa siri bacaan bertahap bahasa Arab amat mempengaruhi perkembangan kemahiran membaca di kalangan pelajar bahasa Arab sebagai bahasa kedua atau Bahasa asing.