Geometri dan peranannya dalam reka bentuk bandar Islamik
Geometri merupakan elemen utama yang digunakan bagi membina imej reka bentuk bandar Islamik bernilai estetik. Namun begitu, aplikasi bentuk bebas sebagai dasar dalam menyusun atur elemen perbandaran kurang mengutamakan fungsi dan nilai estetik reka bentuk geometri. Kesannya, susun atur elemen rek...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/69288/ http://irep.iium.edu.my/69288/1/geometri%20published%202018.pdf |
Summary: | Geometri merupakan elemen utama yang digunakan bagi membina imej reka bentuk bandar
Islamik bernilai estetik. Namun begitu, aplikasi bentuk bebas sebagai dasar dalam menyusun atur
elemen perbandaran kurang mengutamakan fungsi dan nilai estetik reka bentuk geometri.
Kesannya, susun atur elemen reka bentuk bandar yang tidak teratur, fungsi penggunaan ruang
yang tidak optimum kepada pengguna dan kurang nilai estetik. Artikel ini membincangkan
konsep geometri sebagai prinsip reka bentuk bandar Islamik dan penerapannya dalam konteks
reka bentuk perbandaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mewujudkan reka bentuk ruang bandar
yang mempunyai kualiti fungsi dan nilai estetik yang tinggi sebagai prinsip asas alam bina
Islamik di Malaysia. Objektif kajian adalah mengenal pasti peranan dan fungsi geometri dalam
reka bentuk bandar Islamik melalui kajian sejarah penciptaan matematik geometri dan corak
geometri Islamik. Kajian ini menggunakan kaedah penerokaan (exploratory) ulasan literatur
berkaitan sejarah tamadun alam bina Islam yang melibatkan konsep, peranan dan fungsi
geometri disokong oleh pemerhatian dan pengalaman. Hasil penelitian menunjukkan
kepentingan reka bentuk geometri dalam penghasilan reka bentuk bandar yang berfungsi dan
bernilai estetik. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman maksud, konsep dan tujuan aplikasi
reka bentuk geometri yang perlu diterapkan di dalam membentuk imej dan identiti reka bandar
berciri Islamik yang lebih menarik di Malaysia |
---|