Perubatan Nabi: kefahaman terhadap Sunnah dan praktis perawat
Setiap insan pasti mengalami sakit. Pesakit perlukan rawatan. Lazimnya perawat merawat pesakit berasaskan kepercayaan, ilmu, tradisi dan persekitaran. Nabi Muhammad s.a.w telah mengamalkan beberapa teknik rawatan untuk merawat diri sendiri, ahli keluarga dan para sahabat. Beliau juga telah memberi t...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi & Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/69191/ http://irep.iium.edu.my/69191/ http://irep.iium.edu.my/69191/1/69191_Perubatan%20Nabi%20-%20Kefahaman.pdf |
Summary: | Setiap insan pasti mengalami sakit. Pesakit perlukan rawatan. Lazimnya perawat merawat pesakit berasaskan kepercayaan, ilmu, tradisi dan persekitaran. Nabi Muhammad s.a.w telah mengamalkan beberapa teknik rawatan untuk merawat diri sendiri, ahli keluarga dan para sahabat. Beliau juga telah memberi tunjuk ajar serta menggalakkan mereka menuruti sunnah baginda bila merawat. Antara aneka teknik rawatan baginda s.a.w. ialah ayat al-quran, doa, hembus, sentuh termasuk penggunaan bahan-bahan perubatan seperti air, buah-buahan, herba dan lain-lain. Para ilmuwan khasnya al-Muhaddithun yakini bahawa barakah merupakan elemen penting pesakit beransur pulih dan sembuh. Pelbagai teknik ini mengandungi unsur kerohanian, psikologi, dan nilai tempatan yang secucuk dengan pesakit. Kajian ini bertujuan 1) meneliti keberkesanan rawatan nabawi terhadap pesakit 2) menyatakan kewujudan teknik rawatan yang lebih mesra jiwa, lebih selamat dan lebih jimat berbanding ubat berasaskan kimia dan dadah 3) mengenalpasti sesetengah institusi perubatan di Malaysia yang masih mengamalkan legasi nabawi ini dalam era kemajuan perubatan moden. 4) menyatakan bahawa sebahagian kaedah ini tertakluk kepada kajian dan ujian yang sesuai dengan kehendak persekitaran, peredaran zaman ramuan perubatan. Kajian ini berdasarkan pengalaman khidmat rawatan oleh pengkaji sendiri dan penglibatan beliau dengan persatuan perubatan Islam ternama dalam negara.
Kata kunci: Hadith Nabi, institusi perubatan, kerohanian, psikologi |
---|