Konsep perlaksanaan pengasingan kolej kediaman pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengikut fakulti

Kehidupan mahasiswa masa kini bukan semata-mata memerlukan fokus terhadap bidang akademik, malah perlu juga mengutamakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Persepsi majikan dan industri juga telah beranjak, di mana mereka bukan sahaja menekankan perspektif akademik, tetapi jugak aktiviti-aktiviti mahas...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Azhar, Ahmad Zahirani
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA), Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/68529/
http://irep.iium.edu.my/68529/
http://irep.iium.edu.my/68529/7/68529%20Konsep%20perlaksanaan%20pengasingan%20kolej%20kediaman%20pelajar.pdf
Description
Summary:Kehidupan mahasiswa masa kini bukan semata-mata memerlukan fokus terhadap bidang akademik, malah perlu juga mengutamakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Persepsi majikan dan industri juga telah beranjak, di mana mereka bukan sahaja menekankan perspektif akademik, tetapi jugak aktiviti-aktiviti mahasiswa ketika di luar kelas. Untuk menghasilkan mahasiswa yang hollistik, proses Pendidikan harus berlaku sepanjang masa ketika pelajar tersebut di universiti. Konsep penginapan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah sedikit berbeza jika dibandingkan dengan Universiti Awam yang lain. UIAM menetapkan 100 peratus pelajar universiti untuk menginap di dalam kampus. Sehubungan dengan ini, UIAM mengambil peluang ini untuk memanfaatkan masa pelajar ketika di luar kelas dengan memperkenalkan konsep Kolej Kediaman Berdasarkan Fakulti. Mahasiswa dan mahasiswi akan diasingkan penginapannya mengikut fakulti masing-masing. Ini membolehkan kolej kediaman menjadi platform tambahan untuk mahasiswa dan mahasiswi melakukan aktiviti-aktiviti akademik dengan lebih mudah dan cekap. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan kebaikan dan keburukan perlaksanaan sistem pengasingan pelajar mengikut fakulti di UIAM, mengkaji dasar perlaksanaan dan kesannya terhadap mahasiswa dan mahasiswi.