Kerajaan Mughal di India menurut Buku Sejarah Umat Islam: karya HAMKA

India merupakan antara wilayah penting dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Hal ini disebabkan wilayah tersebut merupakan antara wilayah yang awal menerima dakwah Islam dan pernah menjadi tapak pelbagai kerajaan Islam hingga tahun 1857. Pencapaian tamadun Islam di India, khususnya ketika era...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abul Hassan Ashari, Mohamad Zulfazdlee, Mohd Nor, Mohd Roslan, Jamsari, Ezad Azraai, Ahmad Safian, Nursafira
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/67540/
http://irep.iium.edu.my/67540/
http://irep.iium.edu.my/67540/13/67540Kerajaan%20Mughal%20di%20India%20menurut%20Buku%20Sejarah%20Umat%20Islam.pdf
Description
Summary:India merupakan antara wilayah penting dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Hal ini disebabkan wilayah tersebut merupakan antara wilayah yang awal menerima dakwah Islam dan pernah menjadi tapak pelbagai kerajaan Islam hingga tahun 1857. Pencapaian tamadun Islam di India, khususnya ketika era pemerintahan Mughal, turut menyerikan lagi catatan kegemilangan sejarah Islam. Disebabkan itu, fakta dan perbahasan berkaitan Kerajaan Mughal di India dipapar dan dibincangkan dalam karya-karya sejarah dan tamadun Islam, termasuk buku Sejarah Umat Islam karya Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau Hamka. Buku ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan sejarah Islam, termasuk berkaitan kemunculan kerajaan-kerajaan Islam, bermula daripada zaman sebelum di Tanah Arab hingga perkembangan agama Islam di kawasan Nusantara. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tulisan Hamka tentang sejarah Kerajaan Mughal di India. Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui paparan dan perbincangan berkaitan sejarah Kerajaan Mughal yang dikemukakan oleh Hamka. Reka bentuk kajian ini ialah kajian sejarah dengan menggunakan pendekatan kajian kualitatif sebagai metode pengumpulan data dan analisis data. Hasil kajian mendapati Hamka mempunyai minat dan kepakaran dalam menghasilkan penulisan sejarah Islam dengan membincangkan perihal masyarakat dan kerajaan -kerajaan Islam dari zaman awal hingga zaman hayatnya, merangkumi juga sejarah Kerajaan Mughal di India. Justeru, karya Sejarah Umat Islam merupakan penulisan bahasa Melayu yang membincangkan sejarah Islam secara umum sekali gus membuktikan ketokohan Hamka dalam bidang sejarah Islam.