Demokrasi, pilihan raya dan tanggungjawab warganegara

Pilihan raya ialah proses pemilihan barisan kepemimpinan, juga sebahagian daripada penentu masa depan negara dan proses yang perlu disertai serta diraikan semua warganegara yang layak. Peluang untuk membuat pilihan ini tidak boleh disia-siakan dan dalam konteks pemilihan kepemimpinan bagi mengger...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ab Aziz, Shamrahayu
Format: Article
Language:English
Published: The New Strait Times Press (M) Bhd. 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/67224/
http://irep.iium.edu.my/67224/
http://irep.iium.edu.my/67224/1/Demokrasi%2C%20Pilihan%20Raya%20dan%20Tanggunjawab%20Warganegara.pdf
Description
Summary:Pilihan raya ialah proses pemilihan barisan kepemimpinan, juga sebahagian daripada penentu masa depan negara dan proses yang perlu disertai serta diraikan semua warganegara yang layak. Peluang untuk membuat pilihan ini tidak boleh disia-siakan dan dalam konteks pemilihan kepemimpinan bagi menggerakkan sistem demokrasi, pilihan raya juga kayu ukur kepada kejayaan atau kegagalan demokrasi. Demokrasi seperti dikenali ramai ialah sistem berasaskan kepada pilihan yang dibuat oleh majoriti rakyat yang layak mengundi. Semakin tinggi jumlah pengundi yang melaksanakan tanggungjawab, semakin jelas sokongan terhadap barisan pemimpin yang dipilih. Namun, semakin rendah jumlah pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi, semakin tidak jelas jumlah majoriti. Pada masa sama, kita juga amat memahami bahawa demokrasi mempunyai ideal dan prinsip mengenai kebebasan. Sejarah demokrasi itu sendiri menunjukkan bahawa ia adalah mekanisme kepada penginstitusian atau pengiktirafan kepada hak dan kebebasan.