Keperluan RCI & fakta Memali

Setelah lebih tiga dekad tragedi berdarah Memali berlalu, namun ia tetap segar dalam ingatan. Bukan itu sahaja, malah ia juga masih dalam perbahasan. Tragedi Memali merujuk kepada peristiwa yang berlaku di Kampung Mali, Mukim Siong, Baling, Kedah pada 19 November 1985. Ia adalah antara tragedi hitam...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ab Aziz, Shamrahayu
Format: Article
Language:English
Published: Utusan Online 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/67223/
http://irep.iium.edu.my/67223/
http://irep.iium.edu.my/67223/1/Keperluan%20RCI%20%26%20Fakta%20Memali.pdf
Description
Summary:Setelah lebih tiga dekad tragedi berdarah Memali berlalu, namun ia tetap segar dalam ingatan. Bukan itu sahaja, malah ia juga masih dalam perbahasan. Tragedi Memali merujuk kepada peristiwa yang berlaku di Kampung Mali, Mukim Siong, Baling, Kedah pada 19 November 1985. Ia adalah antara tragedi hitam negara yang meragut nyawa orang awam dan pasukan keselamatan dengan tragis. Sebanyak 18 jiwa telah terkorban; empat daripadanya adalah anggota keselamatan, dan 14 merupakan pengikut Ibrahim bin Mahmood yang juga dikenali sebagai Ibrahim Libya. Bilangan tersebut termasuk juga Ibrahim sendiri. Dipercayai puluhan orang cedera, 23 daripadanya anggota polis manakala 14 orang adalah dalam kalangan orang awam. Selepas tragedi itu pula dipercayai bahawa angka individu yang ditahan ekoran kejadian tersebut adalah kira-kira 159 orang, iaitu 118 lelaki, 29 wanita dan 12 kanak-kanak. Oleh sebab peristiwa ini dibaluti dengan sentimen dan kontradiksi fakta maka ia belum lagi berhenti daripada perbahasan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/keperluan-rci-fakta-memali-1.585882#ixzz5VaZT2Fwg © Utusan Melayu (M) Bhd