Peranan dan sumbangan ulama' Islah terhadap masyarakat di Tanah Melayu
‘Ulama dan cendekiawan yang terlibat dalam usaha-usaha Islah di Tanah Melayu dikenali sebagai Kaum Muda. Kemunculan mereka pada awal abad dua puluh mencabar status quo dan institusi-institusi keagamaan dan pemerintahan yang sedia ada. Ini mencetuskan kontroversi dan ketegangan antara golongan Islah...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/67098/ http://irep.iium.edu.my/67098/ http://irep.iium.edu.my/67098/1/67098_Peranan%20dan%20Sumbangan%20Ulama%27.pdf |
Summary: | ‘Ulama dan cendekiawan yang terlibat dalam usaha-usaha Islah di Tanah Melayu dikenali sebagai Kaum Muda. Kemunculan mereka pada awal abad dua puluh mencabar status quo dan institusi-institusi keagamaan dan pemerintahan yang sedia ada. Ini mencetuskan kontroversi dan ketegangan antara golongan Islah dan dan institusi-institusi yang sedia ada. Justeru itu sebahagian masyarakat mencurigai kehadiran dan peranan mereka dalam masyarakat. Ini ekoran pegangan mereka yang kontroversi terutamanya dalam isu fiqh yang tidak berpegang kepada mazhab Shafi’i yang diikuti oleh majoriti umat Islam bukan sahaja di Tanah Melayu bahkan di Nusantara seluruhnya. Dalam arus kontroversi sebegitu, sumbangan mereka mungkin tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Justeru itu, kertas kerja ini membincangkan sebahagian daripada peranan dan sumbangan gerakan Islah terhadap masyarakat di Tanah Melayu. Terdapat penulis yang menyatakan golongan Islah gagal dalam dalam misi mereka di Tanah Melayu, kajian ini meneliti danmenghalusi semula sumbangan gerakan Islah di Tanah Melayu terutamanya dengan mengambil kira sumbangan jangka panjang terhadap perkembangan masyarakat di Tanah Melayu. |
---|