Hak kanak-kanak dari aspek hadhanah dan nafkah: di bawah undang-undang keluarga Islam di Malaysia
Kanak-kanak adalah penerusan ummah. Justeru itu, sebagai insan yang teristimewa kanak-kanak perlu diberi belaian kasih sayang, permerhatian, didikan dan pembelaan sesempurna mungkin oleh kedua-dua ibubapa. Ibubapa hendaklah benar-benar memahami tanggungjawab serta peranan masing-masing di dalam mend...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/6564/ http://irep.iium.edu.my/6564/1/kebajikan_kanak-kanak.pdf |
Summary: | Kanak-kanak adalah penerusan ummah. Justeru itu, sebagai insan yang teristimewa kanak-kanak perlu diberi belaian kasih sayang, permerhatian, didikan dan pembelaan sesempurna mungkin oleh kedua-dua ibubapa. Ibubapa hendaklah benar-benar memahami tanggungjawab serta peranan masing-masing di dalam mendidik dan membimbing anak-anak mereka. Dalam Islam kanak-kanak dianggap sebagai insan yang bersih sebagaimana satu maksud hadith Nabi Muhammad s.a.w. telah mengumpamakan kanak-kanak seperti sehelai kain putih yang akan mencorakkan ataupun yang mewarnai jiwa, hati nurani, perasaan dan pembesaran kanak-kanak dalam menghadapi cabaran masa depan ialah ibubapa dan persekitaran sekelilingnya sendiri. Jika persekitaran itu baik maka akan baiklah jiwa, hati nurani dan pembesaran kanak-kanak tadi. Tetapi jika sebaliknya berlaku ianya akan menjadi ancaman bukan sahaja kepada kehidupan kanak-kanak atau ibubapa mereka, malah masyarakat dan negara akan hidup dalam kucar-kacir.
Selain dari tugas utama ibubapa sebagai pendidik dan pembentuk sahsiah anak-anak mereka untuk menjadi manusia berguna, ibubapa juga bertanggungjawab untuk menjaga, memberi perlindungan serta mengawasi mereka. Ini termasuklah menyediakan segala keperluan harian anak-anak mereka. Kanak-kanak bergantung sepenuhnya dari segi keperluan harian mereka kepada ibubapa. Menyediakan keperluan harian ini dikenali sebagai nafkah dalam Islam. Manakala permeliharaan dan pengawasan dikenali sebagai hadhanah. Kedua-dua perkara ini amat dititikberatkan oleh Islam. Islam sebagai ugama yang syumul dan lengkap menekankan kebajikan dan kepentingan kanak-kanak sebagai pertimbangan yang utama dalam menentukan hak nafkah dan hadhanah kanak-kanak. Di Malaysia peruntukan undang-undang tentang hak kanak-kanak dari segi hadhanah dan nafkah telah dibuat demi menjamin yang kepentingan kanak-kanak ini terpelihara. |
---|