Tinjauan tahap pengetahuan, pemahaman dan pengamalan melalui program latihan pemantapan kerohanian dalam kalangan Pelatih Skim Latihan 1-Malaysia Tabung Haji (TH)

Kajian ini dijalankan bagi meninjau perbezaan tahap pengetahuan, pemahaman dan pengamalan para pelatih Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) Tabung Haji Siri 3 dalam program Latihan Pemantapan Kerohanian yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Masjid Sultan Haji Ahmad Universiti Islam An...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Taufik, M. Fadzlillah, Zulkhairi, Abdullah, Ramlee, Baharuldin, Halida, Sahrir, Muhammad Sabri
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/65223/
http://irep.iium.edu.my/65223/
http://irep.iium.edu.my/65223/1/65223_Tinjauan%20Tahap%20Pengetahuan%2C%20Pemahaman.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi meninjau perbezaan tahap pengetahuan, pemahaman dan pengamalan para pelatih Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) Tabung Haji Siri 3 dalam program Latihan Pemantapan Kerohanian yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Masjid Sultan Haji Ahmad Universiti Islam Antarabangsa dan Al-Busyro Training & Consultancy mulai 16 Disember 2013 sehingga 25 Januari 2014 selama enam minggu. Kajian ini mengkaji perbezaan tahap pengetahuan, pemahaman dan pengamalan pelatih pada minggu keempat dan minggu keenam daripada program tersebut dilaksanakan kerana pelatih telah hampir memenuhi modul latihan yang dijalankan. Kaedah kajian yang dijalankan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS secara deskriptif. Responden kajian terdiri daripada 90 orang pelatih SL1M Tabung Haji yang telah mengikuti program Latihan Pemantapan Kerohanian dengan jayanya selama enam minggu yang bertempat di Hotel Tabung Haji di Kelana Jaya. Hasil kajian mendapati bahawa program Latihan Pemantapan Kerohanian yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan tahap pengetahuan, pemahaman dan pengamalan para pelatih dalam setiap ilmu yang dipelajari pada minggu keenam berbanding pada minggu keempat. Hasil kajian juga mendapati bahawa setiap ilmu yang dipelajari secara teori yang dilaksanakan secara praktikal atau amali telah memperoleh peningkatan peratusan tahap pengetahuan, pemahaman dan pengamalan yang tinggi. Kepelbagaian metode penyampaian merupakan suatu perkara yang perlu dititikberatkan supaya ilmu yang diperoleh itu mampu difahami, diamalkan, diaplikasi dan diadaptasi dalam kehidupan para pelatih sebagai salah satu medium bagi menjana dan membina insan kamil dalam usaha menjadi hamba yang bertakwa. **************************************************************** This study is conducted to examine the different levels of knowledge, understanding and practice of trainees of the 1 Malaysia Scheme Training Scheme (SL1M) at Tabung Haji Series 3 in a Spiritual Training program organized by Lembaga Tabung Haji in collaboration with Sultan Haji Ahmad Mosque International Islamic University (IIUM) and Al-Busyro Training & Consultancy from 16 December 2013 to 25 January 2014 for six weeks. This study examines the different level of knowledge, understanding and practice of trainees in the fourth and sixth weeks of the program as the trainees have almost fulfilled the training modules. The research method was using quantitative questionnaire and analysed using descriptive SPSS software. The respondents of the study consisted of 90 SL1M Tabung Haji trainees who had participated in the six-week Spiritual Training program at the Tabung Haji Hotel in Kelana Jaya. The findings showed that the Spiritual Training program has succeeded in enhancing the level of knowledge, understanding and practice of trainees in every knowledge learned in the sixth week compared to the fourth week. The findings also found that every theoretically studied knowledge practiced or practiced has gained a high percentage of knowledge, understanding and practice level. The diversity of delivery methods is a matter of urgency that the acquired knowledge can be understood, practiced, applied and adapted in the lives of the trainers as one medium to generate and build humanity in order to be a devout servant.