Morfologi trikom pada petal dan sepal spesies terpilih Acanthaceae di Semenanjung Malaysia (Trichome Morphology on Petal and Sepal of Selected Species of Acanthaceae in Peninsular Malaysia)=Trichome morphology on petal and sepal of selected species of Acanthaceae in Peninsular Malaysia

Acanthaceae merupakan famili tumbuhan angiosperma di bawah order Lamiales yang terdiri daripada sekurangkurangnya 4000 spesies sama ada spesies tropika atau subtropika. Spesies daripada famili ini ditemui di pelbagai habitat dan mempunyai pelbagai morfologi serta corak taburan geografi. Walau baga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Juhari, Muhammad Amirul Aiman, Talip, Noraini, Che Amri, Che Nurul Aini
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UKM 2017
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/64791/
http://irep.iium.edu.my/64791/
http://irep.iium.edu.my/64791/7/64791%20Morfologi%20trikom.pdf
http://irep.iium.edu.my/64791/8/64791%20Morfologi%20trikom%20SCOPUS.pdf
Description
Summary:Acanthaceae merupakan famili tumbuhan angiosperma di bawah order Lamiales yang terdiri daripada sekurangkurangnya 4000 spesies sama ada spesies tropika atau subtropika. Spesies daripada famili ini ditemui di pelbagai habitat dan mempunyai pelbagai morfologi serta corak taburan geografi. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai ciri anatomi bagi Acanthaceae masih dangkal sehingga ke hari ini. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti jenis trikom yang hadir pada permukaan epidermis adaksial dan abaksial sepal dan juga petal bunga bagi beberapa spesies terpilih daripada Acanthaceae di Semenanjung Malaysia. Kajian ini melibatkan pengumpulan sampel di lapangan, penyediaan spesimen baucer, teknik kajian epidermis petal, cerapan di bawah mikroskop cahaya dan juga cerapan di bawah mikroskop imbasan elektron. Tiga puluh jenis trikom dicerap dalam kajian ini dan daripada jumlah tersebut, 23 jenis trikom dicerap hadir pada permukaan epidermis petal manakala 17 jenis trikom dicerap hadir pada permukaan epidermis sepal. Jenis trikom yang direkodkan ialah trikom ringkas unisel dan ringkas multisel, trikom kelenjar kapitat dan kelenjar peltat serta juga trikom berlengan. Keputusan kajian ini menunjukkan kehadiran dan jenis trikom pada permukaan sepal dan petal mempunyai nilai taksonomi yang berguna untuk tujuan pembezaan dan pengecaman spesies. Maklumat ciri morfologi trikom yang diperoleh daripada kajian ini merupakan maklumat baharu ciri anatomi bunga bagi Acanthaceae. ******************************************************************************************* Acanthaceae is an angiosperm plant family under the order Lamiales, comprising at least 4000 species of either tropical or subtropical. Species of Acanthaceae can be found in various habitats and they have various morphological characteristics and geographical distribution patterns. However, the information on the anatomy of Acanthaceae is still meagre till to date. The objective of this study was to identify the type of trichomes present on both adaxial and abaxial epidermal surfaces of sepals and petals of some selected Acanthaceae species in Peninsular Malaysia. The study involved fresh samples collected from the field, preparation of voucher specimens, epidermal peel techniques with observation under light and scanning electron microscopes. Thirty types of trichomes were found in this study, 23 types were present on the petal epidermal surface and 17 types were observed on the sepal epidermal surface. Types of trichomes found included simple unicellular and multicellular, capitate and peltate glandular and armed trichomes. The presence of trichomes on sepal and petal surfaces proven to have taxonomic value to differentiate and identify species in Acanthaceae. Information on the morphological trichome characteristics found in the study is a new finding in anatomical features of Acanthaceae.