Work-family conflict and well-being among employed women in Malaysia: The mediating role of work-to-family facilitation

Sorotan penulisan tentang kerja dan keluarga yang sedia ada di Malaysia lebih menjurus kepada konflik kerja-keluarga. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian terkini mendapati bahawa mengimbangi kerja dan keluarga tidak hanya memberi kesan negatif kepada pekerja. Oleh sebabitu, kajian ini dijalankan un...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hussin, Ruhaya
Format: Article
Language:English
Published: Public Service of Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/62124/
http://irep.iium.edu.my/62124/6/62124_ork-family%20conflict%20and%20well-being%20among%20employed%20women%20in%20Malaysia_complete.pdf
Description
Summary:Sorotan penulisan tentang kerja dan keluarga yang sedia ada di Malaysia lebih menjurus kepada konflik kerja-keluarga. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian terkini mendapati bahawa mengimbangi kerja dan keluarga tidak hanya memberi kesan negatif kepada pekerja. Oleh sebabitu, kajian ini dijalankan untuk menguji kesan perantaraan fasilitasi kerja-kepada-keluarga terhadap hubungan antara konflik kerja-keluarga dan kesejahteraan (termasuk kesihatan psikologi, niat untuk berhenti kerja, kepuasan kerja, kepuasan keluarga, dan kepuasan hidup). Menerusi kajian ini, fasilitasi kerja-kepada-keluarga dijangka mempunyai kesan perantara terhadap hubungan antara konflik kerja-keluarga dan kesejahteraan. Satu kajian soal selidik keratan rentas telah dijalankan di mana seramai 210 orang pekerja wanita daripada beberapa organisasi di Malaysia melengkapkan soalan kaji selidik melalui persampelan bertujuan. Analisis pengesahan faktor telah dijalankan bagi memeriksa struktur faktor setiap skalayang digunakan dan analisa permodelan persamaan struktur telah digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan bukti-bukti kewujudan kesan perantara fasilitasi kerja-kepada-keluarga terhadap hubungan konflik kerja-keluarga dan kesejahteraan. Artikel ini turut membincangkan implikasi kajian, limitasi kajian, dan cadangan penambahbaikan untuk kajian yang akan datang.