Keadilan restoratif di bawah resolusi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu: hak tertuduh dan hak mangsa jenayah

Artikel ini menganalisis definisi dan konsep keadilan restoratif, iaitu pendekatan keadilan jenayah yang membenarkan kes jenayah diselesaikan tanpa melalui prosiding mahkamah dengan mengambil kira keperluan pesalah atau mangsa jenayah, serta membandingkannya dengan keadilan retributif, iaitu pendeka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ab Aziz, Norjihan, Ab. Hamid, Zuraini
Format: Article
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/61163/
http://irep.iium.edu.my/61163/
http://irep.iium.edu.my/61163/1/restoratif-DBP.pdf
Description
Summary:Artikel ini menganalisis definisi dan konsep keadilan restoratif, iaitu pendekatan keadilan jenayah yang membenarkan kes jenayah diselesaikan tanpa melalui prosiding mahkamah dengan mengambil kira keperluan pesalah atau mangsa jenayah, serta membandingkannya dengan keadilan retributif, iaitu pendekatan keadilan yang menghukum pesalah dengan hukuman yang setimpal seperti yang tertakluk dalam undang-undang. Merujuk prinsip Basic Principles on the Use of Restorative Justice Programmes in Criminal Matters, artikal ini menganalisis kaedah keadilan restoratif yang melindungi hak pesalah dan hak mangsa jenayah, serta melihat kedudukan Akta Kanun Tatacara Jenayah 2012 sama ada melindungi hak pesalah dan hak mangsa jenayah atau tidak seperti pendekatan keadilan restoratif. Hasil kajian mendapati walaupun Malaysia tidak melaksanakan keadilan restoratif, namun terdapat elemen keadilan restoratif dalam akta tersebut yang menjaga hak pesalah dan hak mangsa. Prinsip keadilan restoratif yang digariskan oleh PBB boleh dijadikan rujukan oleh Malaysia sekiranya ingin melaksanakan keadilan restoratif bagi menambah baik sistem keadilan jenayah sedia ada.