Konsep hak asasi manusia bagi orang kurang upaya di Malaysia: suatu analisis

Artikel ini membincangkan konsep hak asasi manusia bagi golongan orang kurang upaya (OKU) yang sudah mula mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa apabila Konvensyen PBB Hak Orang Kurang Upaya dan Protokol Pilihan diwujudkan pada tahun 2006. Di Malaysia, ketiadaan peruntukan penalti dalam...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Md Tah, Ikmal Hisham, Mokhtar, Khairil Azmin
Format: Article
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/61144/
http://irep.iium.edu.my/61144/
http://irep.iium.edu.my/61144/1/OKU-pdf%20DBP%202018.pdf
Description
Summary:Artikel ini membincangkan konsep hak asasi manusia bagi golongan orang kurang upaya (OKU) yang sudah mula mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa apabila Konvensyen PBB Hak Orang Kurang Upaya dan Protokol Pilihan diwujudkan pada tahun 2006. Di Malaysia, ketiadaan peruntukan penalti dalam Akta OKU 2008 menghalang konsep hak asasi manusia dilaksanakan dengan wajar. Selain itu, golongan OKU masih lagi berhadapan dengan persepsi negatif dan diskriminasi masyarakat, sekali gus dinafikan layanan sama rata disebabkan oleh ketidakupayaan mereka. Model sosial ketidakupayaan menggunakan pendekatan hak asasi manusia dilihat lebih sesuai untuk menganalisis keperluan dan hak asasi OKU sejagat bagi menggantikan model perubatan. Tiga prinsip utama pendekatan hak asasi manusia, iaitu maruah, kesamaan dan inklusif penting dilaksanakan kerana mampu mengurangkan persepsi negatif dan diskriminasi masyarakat terhadap golongan OKU. Ketiga-tiga prinsip ini juga membantu pihak kerajaan, terutamanya penggubal undang-undang dan polisi, serta pihak berkaitan melindungi dan mempertahankan hak asasi manusia bagi golongan OKU.